27 Zulkaedah 1433
KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2012- Kerajaan akan bersedia merangka pelan induk untuk penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia menjelang akhir 2013, kata Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Beliau berkata pada masa ini, kerajaan sedang mengumpulkan data daripada pembuat kereta yang terbabit dalam program perintis kenderaan elektrik di negara ini.
Beliau berkata kementerian itu, menerusi Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia, akan mendapatkan data lengkap sebelum kerajaan mengumumkan EV sebagai kenderaan pengangkutan di Malaysia.
Maklumat lanjut : BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan