top_rightads

Rabu, 17 Oktober 2012

Ambank Cadang Beli Semua 30 Peratus Ekuiti Dalam AmLife Insurance & AmFamily Takaful

1 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2012- AMMB Holdings Bhd telah memperoleh kelulusan Bank Negara Malaysia untuk memulakan perundingan dengan Friends Life FPL Limited untuk membeli semula 30 peratus kepentingan dalam AmLife Insurance Bhd dan AmFamily Takaful Bhd.

Pengerusi AMMB, AmLife dan AmTakaful, Tan Sri Azman Hashim berkata cadangan pembelian semula itu akan membolehkan kedua-dua AMMB dan Friends Life meneruskan strategi berasingan untuk meningkatkan perniagaan masing-masing.

"AMMB akan kekal komited kepada pertumbuhan berterusan AmLife dan AmTakaful," kata beliau dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Urusan AMMB Group, Ashok Ramamurthy berkata: "Ini akan membolehkan kami memberi tumpuan kepada peluang-peluang unik model perniagaan kumpulan kami.

"Dalam pada itu, Friends Life akan terus menyediakan sokongan teknikal kepada AmLife dan AmTakaful berhubung tempoh masa yang dipersetujui."

Maklumat lanjut :BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...