Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, October 6, 2012

Genneva Malaysia Disiasat

21 Zulkaedah 1433


KUALA LUMPUR, 5 Okt , 2012- Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya disiasat agensi penguatkuasa berkenaan bagi kesalahan yang disyaki, yang termasuk pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.

Dalam satu kenyataan Jumaat, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kesalahan lain yang disyaki termasuk pengelakan cukai, penerangan palsu termasuk salah pernyataan, pelantikan ejen tanpa lesen dan kegagalan menyerahkan dokumen berkanun.

Serbuan bersama dijalankan pada 1 Okt di beberapa premis Genneva Malaysia serta di kediaman pengarah syarikat itu oleh Polis DiRaja Malaysia, BNM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia, katanya.

Ia berkata aset dan dokumen syarikat berkenaan yang disita semasa serbuan itu akan disimpan bagi maksud memudahkan penyiasatan.

Maklumat lanjut : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...