Bursa Malaysia

top_rightads

Wednesday, October 10, 2012

Industri Halal Menarik Rm1.1 Bilion Pelaburan Langsung Asing

25 Zulkaedah 1433


KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2012- Industri halal Malaysia telah menarik pelaburan langsung asing RM1.1 bilion dan mengeksport RM16.6 bilion pada enam bulan pertama 2012.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) bersama-sama dengan agensi lain termasuk Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) telah bekerja keras untuk mengembangkan sumbangan industri tersebut melalui pelbagai program dan aktiviti.

"Menurut HDC, jumlah eksport halal di Malaysia antara Januari dan Disember 2011 adalah RM35.4 bilion, naik 53 peratus dari 2010 daripada keseluruhan eksport sebanyak RM513.6 bilion," katanya semasa merasmikan Halal Fiesta Malaysia (Halfest 2012) Rabu.

Maklumat lanjut : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...