Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, October 27, 2012

Bekalan Haiwan Korban Tidak Mencukupi Tampung Permintaan

11 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2012- Pembekal ternakan ruminan tempatan mengalami kesukaran membekalkan haiwan ternakan untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, ekoran kekurangan bekalan antaranya disebabkan peraturan ketat dasar eksport Australia.

Malah, ada di antara pembekal yang memutuskan untuk tidak menjual ternakan korban disebabkan harga haiwan tersebut semakin mahal.

Seorang pembekal Azizan Omar, 48, yang juga pemilik ladang ternakan PB Ramunia di Batu Pahat, Johor, berkata tahun ini beliau hanya dapat membekalkan kira-kira 200 ekor kambing untuk Aidiladha, berbanding 500 ekor, tahun lepas.

"Saya dimaklumkan oleh rakan penjual yang lain mengenai peraturan baru dasar eksport dari Australia dan ini menyebabkan saya hanya dapat menjual kambing tempatan sahaja, pada tahun ini.

"Walaupun kita boleh mengimport haiwan tersebut dari negara jiran seperti Indonesia dan Thailand, tetapi mereka juga mempunyai kesulitan sama dan akan memberi keutamaan kepada permintaan di negara mereka," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Maklumat lanjut:BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...