25 Zulkaedah 1433
KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2012- Malaysia amat bimbang tentang kerapuhan ekonomi global dan keadaan kewangan, terutamanya pergolakan kewangan yang melanda ekonomi-ekonomi maju, kata Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Datuk Hussein Haniff pada Selasa.
"Kami bimbang kelembapan ekonomi dan kewangan ini akan memberi kesan buruk kepada mereka yang lemah termasuk wanita dan kanak-kanak. Kesannya terhadap negara-negara membangun, disebabkan oleh krisis hutang negara di Eropah, adalah mahal dan membinasakan," katanya dalam kenyataannya di Debat Jawatankuasa kedua Sesi ke-67 Perhimpunan Agung PBB di New York semalam.
Maklumat lanjut :BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan