25 Zulkaedah 1433
MELBOURNE, 10 Oktober 2012- Pengurus kekayaan Islam dari Australia Crescent Wealth telah bekerjasama dengan Bank of London and The Middle East (BLME), bank Islam terbesar di Eropah, dalam perjanjian yang memberikan pelabur runcit Australia pendedahan untuk pertama kalinya kepada bon Islam.
Berikutan usaha sama itu, pelabur dalam Dana Pengurusan Tunai Islam Crescent akan mendapat pendedahan kepada pasaran global bon patuh syariah atau sukuk, kata Crescent Wealth dalam satu kenyataan.
Sukuk menjana pulangan etika yang disokong oleh aset sebenar. Portfolio itu akan diuruskan oleh BLME, pembekal terkemuka global produk pendapatan tetap patuh syariah.
Maklumat lanjut : BERNAMA
No comments:
Post a Comment