Bursa Malaysia

top_rightads

Monday, October 8, 2012

Rakyat Malaysia Tidak Gembira Dengan Pekerjaan Semasa

23 Zulkaedah 1433


KUALA LUMPUR, 8 Oktober 2012- Satu kaji selidik JobStreet.com mengenai Kepuasan Pekerjaan Warga Kerja di Malaysia baru-baru ini, menunjukkan bahawa 78 peratus daripada responden tidak gembira dengan pekerjaan semasa masing-masing.

Walaupun pendapat biasa menyatakan bahawa sebab utama ramai bakat muda meninggalkan syarikat masing-masing adalah berikutan gaji yang rendah, hanya 17 peratus daripada 1,145 responden memetik sebab itu sebagai faktor utama mempengaruhi mereka tidak gembira.

Dalam satu kenyataan, JobStreet.com berkata ketidakpuasan dengan skop pekerjaan adalah sebab utama ramai menyatakan tidak gembira untuk bekerja.

Faktor lain ialah hubungan yang dingin dengan penyelia terdekat atau ketua masing-masing.

Maklumat lanjut : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...