28 Zulkaedah 1433
KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2012- Pihak Perbankan Islam di negara ini diminta untuk lebih berperikemanusiaan kepada pembeli rumah terbengkalai supaya tidak terbeban dengan hutang yang berisiko menjadi muflis.
Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Kewangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied berkata pihaknya mendapati terdapat banyak kes pembeli menghadapi kes mahkamah yang difailkan pihak perbankan Islam itu bagi menuntut bayaran balik dengan kadar tinggi biarpun rumah tidak siap.
Beliau berkata demikian dalam Forum Pengguna 2012 bertajuk "Perbankan Islam Hanya Pada Nama?" di sini.
Aktivis PPIM Shirazdeen Adam Shah bertindak sebagai moderator forum itu manakala Ketua Bahagian Syariah Bank Islam Malaysia Berhad Ustaz Mohd Nadzri Chik sebagai panel kedua dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Muamalat Malaysia Bhd Datuk Abdul Manap Abdul Wahab menjadi panel keempat.
Sheikh Abdul Kareem yang juga panel ketiga forum itu berkata sebagai sebuah entiti yang berlandaskan syariah, pihak bank wajar memikirkan masalah yang dihadapi pengguna Islam yang mana pegawai-pegawai bank tersebut disaran menggunakan budi bicara dalam usaha membantu pembeli Islam meringankan beban mereka.
Maklumat lanjut: BERNAMA
Pages
- Utama
- Terma Dan Syarat
- Hubungi Kami
- Kenali Penulis
- Ekonomi
- Perniagaan
- CSR
- Dasar Kerajaan
- Hartanah
- Istilah Perniagaan
- Keluhan Rakyat
- Kewangan
- Koleksi Dalil Ekonomi
- Komentar
- Komoditi
- Korporat
- Luar Negara
- Modal Insan
- Pelaburan
- Peluang Kekayaan
- M&A
- Percukaian
- Pertanian
- Saham
- Teknologi
- Tips
- Umum
- Keushawanan
- Halal

Sunday, October 14, 2012
Perbankan Islam di Malaysia Tidak Berperikemanusiaan ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment