Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, October 13, 2012

Cadangan Pengambilalihan KTMB Oleh MMC Dibantah

27 Zulkaedah 1433


KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2012- Kira-kira 700 anggota Persatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) berpiket di depan ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi membantah cadangan menyerahkan KTMB kepada Malaysian Mining Corporation (MMC) di bawah program penswastaan.

Presiden RUM Abdul Razak Md Hassan berkata pihaknya bimbang jika cadangan itu diteruskan, ia akan menjejaskan kira-kira 5,500 pekerja KTMB selain perkhidmatan kereta api di negara ini.

"Kami gusar jika KTMB diswastakan, takut akan berlaku lagi seperti dahulu ketika KTMB diambil alih Konsortium Marak Unggul Sdn Bhd (1997-2002) yang telah memberikan pelbagai masalah kepada pekerja," katanya kepada pemberita.

Maklumat lanjut : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...