Bursa Malaysia

top_rightads

Wednesday, October 10, 2012

Kenaikan RPGT Tidak Akan Jejas Industri Hartanah?

25 Zulkaedah 1433


KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2012- Peningkatan pada cukai keuntungan hartanah (RPGT) yang diumumkan dalam Belanjawan 2013 tidak akan menjejaskan industri itu di Malaysia, kata Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda).

Bendahari Kebangsaan Rehda N.K. Tong berkata kenaikan kadar RPGT lebih menggalakkan pembeli hartanah untuk mengambil pendekatan jangka panjang dan tidak menjual harta mereka dengan segera.

"Jika pembeli mahu membeli hartanah, mereka tidak akan menjualnya pada tahun-tahun terdekat. Lebih lama pembeli menyimpan hartanah mereka, lebih tinggi nilai hartanah itu," kata Tong kepada pemberita selepas pengumuman Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) 2012 pada Selasa.

Belanjawan 2013 mencadangkan RPGT dinaikkan kepada 15 peratus daripada 10 peratus untuk hartanah yang dijual dalam tempoh dua tahun pertama dan kepada 10 peratus daripada lima peratus bagi hartanah yang dijual selepas tiga hingga lima tahun.

Maklumat lanjut : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...