Baru baru ini diberitakan bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang mengkaji kawasan-kawasan yang bersesuaian untuk dibina rumah-rumah kos rendah di seluruh negara melalui Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Berdasarkan kajian oleh pihak kerajaan, terdapat kira-kira 90,000 keluarga yang memerlukan rumah untuk dijadikan tempat berlindung.
Oleh yang demikian kerajaan sedang melihat kawasan-kawasan yang sesuai untuk membina rumah kos rendah melalui program PR1MA.Dengan cara ini, lebih ramai rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan memiliki rumah sendiri.
Sebelum ini Perdana Menteri telah mengumumkan, kerajaan akan memperbanyakkan lagi projek perumahan mampu milik dalam tempoh terdekat setelah menunaikan janjinya melakukan proses cabutan fasa pertama 560 unit pangsapuri PR1MA di Putrajaya pada minggu lepas.Najib dipetik sebagai berkata, kerajaan akan menunaikan kehendak golongan itu untuk memiliki rumah sendiri bagi menyemai perasaan pemilikan hartanah yang lebih erat kepada negara.
Penulis mengucapkan syabas kepada pihak kerajaan di atas usaha ini. Namun dicadangkan juga diwujudkan pakej pemilkan bagi rakyat kelas pertengahan untuk mendapat kediaman pada harga berpatutan. Setidak-tidaknya usaha ini dapat membendung gejala gelembung harga hartanah yang berlaku dipasaran. Kemasukan atau penglibatan kerajaan secara langsung di dalam pasaran dilihat dapat membantu menstabilkan harga rumah di pasaran.
Sumber: Utusan Malaysia
@MyIktisad

No comments:
Post a Comment