Bursa Malaysia

top_rightads

Monday, October 17, 2011

Bank Muamalat Untung RM 40.8 juta

Bank Muamalat Malaysia Bhd telah melaporkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM40 juta bagi suku pertama, merujuk kepada tiga bulan terkini Jun 2011.Keuntungan bersih juga dicatatkan sebanyak RM 28.9 juta dalam tempoh yang sama dibawah kajian semula. Prestasi yang mantap ini mencerminkan sumbangan yang lebih tinggi daripada pendapatan operasi dan peningkatan kualiti aset di mana peruntukan untuk kemerosotan nilai ke atas pembiayaan dalam keadaan sederhana dalam tempoh tiga bulan sehingga Jun 2011.

Jumlah pendapatan meningkat kepada RM 206.5juta dalam tempoh tiga bulan yang dilaporkan, meningkat sebanyak 16.2 % berbanding tahun lalu.Ini disebabkan terutamanya oleh peningkatan sebanyak 9.6% dalam pembiayaan, yang meningkat kepada RM 7.3 billion pada akhir Jun 2011 dengan peningkatan permintaan yang kukuh bagi kedua-dua produk iaitu pengguna dan perniagaan.

Maklumat Lanjut : http://www.muamalat.com.my/

1 comment:

  1. congratulations... BMM, entah bagaimana dengan BMI.... untuk setoran Shar-e pun yg dulu free via Pos office... kini dah ada fee.. ;(

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...