Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, September 10, 2011

Kaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus-PM

Utusan Malaysia telah melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

Najib berkata, keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pengguna.
Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

"Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas daripada orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.

"Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.

Sumber-Utusan Malaysia

Komen Penulis - Zaman IT, FB & Blog sekarang ni, rakyat boleh komplen terus kepada PM apa yang mereka tak puas hati. Kalau tak mau ikut arahan ni, PM digesa jangan beri lesen lagi kepada syarikat Cellular yang degil  nie.

2 comments:

  1. sebenarnya sebelum nie memang dorang saje je mention pasal tax nie kat media supaya dapat feedback dr orang awam...kalau ramai yg setuju dorang akan teruskan benda tue, kalau ramai yg tak setuju dorang tak jadi lah nak teruskan....

    ReplyDelete
  2. harus dikaji semula, mesti tgk kita punya pendapat perkapita kesian mereka yang susah kita pun sama...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...