Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, December 13, 2014

Kerajaan Dan Rakyat Malaysia Perlu Ambil Peluang Dari Kejatuhan Harga

20 Safar 1436


"Tiap-tiap kesusahan ada kemudahan". Ini bukan main-main ayat. Ayat ini terdapat di dalam Al Quran. Merujuk kepada suasana ekonomi sekarang yang berdepan dengan kejatuhan nilai atau harga seperti nilai ringgit, harga komoditi seperi minyak dan sebagainya, ianya sepatutnya dilihat sebagai peluang kepada kerajaan dan rakyat Malaysia.

Kerajaan boleh mempromosikan produk tempatan ke pasaran eksport baru  disebabkan nilai ringgit yang rendah. Ini bakal meningkatkan rezab tukaran wang asing di mana pendapatan dan peluang eksport pada masa akan datang bakal berkembang pesat.

Bagi rakyat pula, penjimatan harga minyak boleh diimbangi dengan perbelanjaan yang lebih produktif atau meningkatkan tabungan isi rumah. Bagi yang mampu pula, inilah masanya untuk kita membeli atau meningkatkan pemilikan komoditi seperti emas bagi simpanan jangka masa panjang. Dalam bab emas pula, inilah peluang bagi kerajaan pula mengkaji bagi mengeluarkan matawang dalam bentuk dinar dan dirham lebih-lebih lagi dalam keadaan kos mendapatkan komoditi berkenaan sekarang dilihat lebih relistik dan lebih murah. Ini dapat melengkapkan satu lagi sunnah dalam pengurusan ekonomi negara.

Kerajaan dan rakyat Malaysia perlu berjiwa besar, di mana setiap kekurangan dalam sesuatu perkara sudah semestinya ada kelebihan yang maha besar sepertimana yang dijanjikan oleh Maha Pencipta. Apa yang penting , keimanan dan ketakwaan kita semua yang bakal menentukan kejayaan sama ada di dunia dan di akhirat.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...