Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, July 30, 2011

Perbanyakkan Institusi Pelaburan Islam

Soal halal dan haram dalam pelaburan bagi umat Islam masih banyak ruang untuk diperbaiki. Sebagai contoh, institusi pelaburan Islam yang dimiliki oleh orang Islam masih boleh dibilang dengan jari. Walaupun retorik tentang perjuangan tentang Islam semakin bertambah, namun perlaksanaannya masih lagi dilihat sepi.

Umat Islam di negara ini seolah tidak dapat berbuat apa-apa di mana pada suatu ketika di awal tahun ini apabila sebuah perniagaan makanan segera yang dimiliki oleh anak syarikat kerajaan negeri di selatan tanahair, tiba-tiba diberitakan untuk dijual kepada bukan Islam. Begitu juga dengan berita syarikat berkaitan kerajaan yang bakal dijual oleh pihak-pihak tertentu yang telah diamanahkan oleh pemerintah sebagai pembuat dasar. Tiada institusi pelaburan yang dimiliki oleh orang Islam yang mampu mengambilalih kepentingan syarikat-syarikat terbabit.

Namun begitu, siapa yang mengambil berat tentang hati umat Islam terutama sekali di Malaysia? Siapa yang mempu melaksanakan kehendak fardhu kifayah dalam soal pengeluaran bahan keperluan asas kehidupan masyarakat Islam. Berapa banyakkah kilang tepung yang dimiliki oleh orang Islam? Berapa banyakkah kilang pengeluaran minyak masak yang dimiliki oleh pengusaha Islam. Berapa banyakkah kilang pengeluaran makanan ternakan yang dimiliki oleh orang Islam dan banyak lagi isu-isu yang masih membelenggu yang masih belum terjawab buat masa kini.

Sudah sampailah masanya institusi pelaburan yang dimiliki oleh umat Islam dibentuk sebagai suatu strategi jangka panjang bagi mengatasi isu-isu yang dinyatakan tadi.Pertubuhan-pertubuhan yang berasaskan Islam perlu bergabung bagi membentuk satu atau pelbagai Institusi yang boleh berperanan sebagai badan pelaburan utama di dalam negara ini untuk membeli dan memegang aset-aset yang berpotensi di dalam negara di samping mempunyai potensi mengembangkan kekayaan pada masa akan datang. Secara tidak langsung, institusi pelaburan ini sedah semestinya mampu membuat pelaburan di dalam perniagaan yang mengeluarkan bahan-bahan asas utama yang diperlukan oleh rakyat dan memberi persaingan yang sihat kepada peserta pasaran yang ada. Dengan adanya persaingan tersebut, kos barangan keperluan dengan secara tidak langsung akan dapat distabilkan.

Selain daripada itu, badan pelabutan ini juga mampu menawarkan peluang pelaburan kepada umat Islam dari segi pemegangan amanah saham seperti yang bercirikan Amanah Saham Bumiputra dan apa yang membezakan ialah dengan memastikan pelaburan melalui skim ini akan seratus peratus mematuhi kepada piawaian syariah. Aganda seperti ini perlulah diutamakan berbanding agenda-agenda lain yang boleh mendatangkan risiko kepada kemaslahatan umat.

@MyIktisad

1 comment:

  1. saya share ini ye bagus sekali tau..minat ttg kewangan neh..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...