Bursa Malaysia

top_rightads

Sunday, July 17, 2011

Sebab Utama Siswazah Sukar Mendapatkan Pekerjaan

Bernama hari ini melaporkan bahawa antara faktor utama ramai siswazah sukar mendapatkan pekerjaan ialah ketidakmampuan bertutur dalam bahasa Inggeris, tiada pengalaman bekerja dan bersikap memilih pekerjaan.Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata, mereka juga sering menuntut gaji yang tinggi dan enggan menerima tawaran jawatan yang tidak sepadan dengan kelulusan yang dimiliki disebabkan tiada pengalaman kerja.

Namun begitu, penulis berpendapat bukan sahaja graduan tidak mampu bertutur dalam bahasa Inggeris, bahkan kadangkala mereka juga bermasalah untuk bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik kerana masih terbawa-bawa dengan loghat negeri masing-masing. Kadangkala mereka juga tidak dapat berkomunikasi kerana kurang membaca dan kurang mempunyai maklumat dan pengetahuan, seterusnya menyebabkan mereka merasa takut dan tidak berkeyakinan.

Namun begitu , mereka amat beruntung kerana kerajaan sekarang ini telah menyediakan pelbagai latihan menerusi syarikat berkaitan kerajaan menerusi program Skim Latihan 1Malaysia, IconAp menerusi MDEC , Khazanah Nasional , Bank Negara dan sebagainya.Apa yang penting, graduan berkenaan yang masih menganggur hanya perlu menjengah laman web organisasi dan syarikat berkenaan dan mendaftar jika kena pada masanya. Selalunya, menerusi program berkenaan, para graduan menganggur akan diberi latihan dan pengalaman kerja secara praktikal sebelum diserapkan di mana-mana jawatan yang sesuai berdasarkan prestasi yang ditunjukkan. Amatlah rugi, jika peluang tersedia masih gagal direbut oleh pihak yang terlibat.

@MyIktisad

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...