Bursa Malaysia

top_rightads

Thursday, July 28, 2011

Perangi Kenaikan Kos

PUTRAJAYA 27 Julai – Utusan Malaysia hari ini telah melaporkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pertambahan satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu memerangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan kos harga barang makanan.

Perdana Menteri berkata, pertambahan NKRA kepada tujuh bidang berbanding enam sebelum ini dibuat berdasarkan kajian dan penilaian terhadap tuntutan serta kehendak rakyat.
“Kira-kira dua tahun lalu tidak ada fenomena global mengenai kenaikan harga barang makanan tetapi sekarang ia turut melanda semua negara di dunia, sebab itulah hari ini kita tambah satu lagi NKRA.
“Oleh kerana fenomena ini telah membawa impak kepada rakyat Malaysia dan pengguna, maka kerajaan berpendapat ia sudah menjadi isu utama justeru kita perlu menentukan respons dan penyelesaian yang boleh memberi kesan dan kelegaan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog dengan pakar-pakar bidang yang terlibat perbincangan dalam talian Meja Bulat 1Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.
Najib berkata, langkah-langkah yang diambil bagi tujuan itu ialah kerajaan mengawal harga kebanyakan barangan dan mengekalkan sistem subsidi kepada kebanyakan barang-barang keperluan.

“Kita juga ada inisiatif seperti Klinik 1Malaysia yang memberikan perkhidmatan dengan kos RM1 sahaja, rangkaian kedai runcit 1Malaysia yang sedang diperluaskan ke seluruh negara melalui kedai-kedai runcit Tukar dan juga barangan runcit dalam bungkusan Felda.

“Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga sudah berunding dengan pihak terlibat dalam industri ayam dan mereka setuju mengurangkan kos harga pengeluar yang boleh membawa kepada penurunan harga ayam,” katanya.

Perdana Menteri menegaskan, langkah tersebut tiada kaitan dengan pilihan raya sebaliknya kerajaan mendengar permintaan rakyat dan melaksanakan kehendak mereka.

Namun begitu, penulis di MyIktisad berpendapat bahawa ekosistem bagi pengeluaran bahan makanan perlu diperkuatkan. Ini termasuklah dari segi perluasan kawasan tanaman padi di Sarawak, pembangunan dan penyelidikan bagi setiap komoditi, penggunaan teknologi kejuruteraan yang moden dan sebagainya. Penubuhan syarikat GLC baru , atau konsortium terdiri daripada persatuan pengguna serta koperasi juga mungkin perlu dipertimbangkan bagi memperbanyakkan pemain di industri pengeluaran ternakan dan bahan makanan daripada asyik terpaksa berunding dengan pihak-pihak tertentu yang sudah sekian lama telah memonopoli industri-industri tertentu di negara ini.

@MyIktisad

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...