Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, July 2, 2011

Majlis Peguam Syariah- Penubuhannya Tepat Pada Masanya

Beberapa akhbar hari ini telah melaporkan bahawa Akta Profesion Undang-Undang Syariah, dijangka akan dibentangkan di Parlimen awal tahun depan, di mana akta berkenaan akan digubal untuk membentuk Majlis Peguam Syariah untuk mengawal selia peguam Syariah dan melindungi pelanggan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata majlis berkenaan perlu kerana terdapat banyak isu-isu etika yang melibatkan peguam Syariah  yang mengekplotasi pelanggan mereka di mana ada kes yang mana  bayaran yuran guaman terlalu tinggi dan penggunaan bukti-bukti palsu.

"Sama seperti Akta Profesion Undang-Undang, di mana Majlis Peguam telah dibentuk,  Majlis Peguam Syariah akan ditubuhkan," katanya pada Persidangan Pegawai Syariah tahunan dan Konvensyen Peguam Syariah di sini.

Selain daripada itu saya berpendapat , penubuhan majlis berkenaan pada masa kini adalah tepat bagi mengimbangi kuasa majlis peguam sedia ada yang lebih cenderung kepada fahaman liberalisma, diterajui oleh mereka yang bukan Islam dan tidak menepati kehendak pelanggan yang beragama Islam. Adalah malang jika peguam syariah terus terpaksa akur kepada majlis yang tidak faham tentang Islam dan tidak mengamalkan perundangan Islam. Oleh itu, penubuhan majlis ini merupakan reformasi utama dalam memartabatkan Islam sebagai cara hidup utama di negara ini.


Selain daripada itu ianya bakal menguatkan siatem perundangan Islam, di mana apa-apa kelemahan yang berkaitan dengan isu perundangan Islam termasuk perniagaan dan perbankan Islam dapat ditambahbaikkan menerusi majlis berkenaan. Majlis berkenaan diharapkan benteng pertahanan dalam mempertahankan pihak-pihak yang menggunakan sistem perundangan untuk mencabar Islam dari sudut perlembagaan sedia ada.Dengan itu kita harapkan sistem perundangan berkenaan dapat merangkumi kesemua cara hidup komuniti Islam di negara ini dan tidak tertakluk hanya dari segi isu nikah kahwin semata-mata.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...