Bursa Malaysia

top_rightads

Tuesday, July 19, 2011

Instrumen syariah berpotensi besar – Gabenor

Utusan Malaysia melaporkan dari berita JAKARTA  pada 18 Julai tentang penerimaan baik pasaran antarabangsa terhadap Sukuk yang merupakan salah satu instrumen kewangan berdasarkan syariah. Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, "Penerimaan baik pasaran antarabangsa terhadap sukuk global Wakala Malaysia baru-baru ini menunjukkan potensi besar instrumen berlandaskan Syariah itu". “Sukuk RM2 bilion yang besar itu telah mendapat sambutan dengan terlebih langganan sebanyak 4.5 kali".

Menurut beliau“Terdapat permintaan yang ketara dan berpotensi untuk instrumen berlandaskan Syariah,” katanya pada Persidangan Bersama Peringkat Tertinggi bagi Kewangan Islam oleh Bank Negara dan Bank Indonesia bertajuk “Meningkatkan Pautan Kewangan Ke Arah Kemakmuran Ekonomi,” di sini hari ini.
Beliau juga berkata, memandangkan Wakala itu besar, kerajaan Malaysia tidak akan mengkaji sukuk global buat sementara waktu ini, namun akan menerbitkan sukuk dominasi ringgit domestik.

“Kami juga mengurus tahap hutang. Kami akan menerbitkan sukuk ringgit domestik memandangkan kita mempunyai mudah tunai yang besar dalam sistem kewangan.“Kami akan terus menerbitkan sukuk dominasi ringgit dan menyambut baik pelabur dari seluruh dunia, termasuk Indonesia, kerana kami membuka pasaran untuk pelabur membeli sukuk,” katanya.

Zeti berkata, Indonesia mempunyai potensi besar dan boleh membuat lonjakan dalam kewangan Islam.
“Indonesia boleh membuat lonjakan besar. Ini bermakna ia tidak perlu menggunakan perantara... ia boleh terus kepada sistem yang lebih maju.

“Banyak benda yang dilakukan Malaysia adalah secara percubaan dan belajar, dan kami memberi tumpuan terhadap yang terbaik. Berdasarkan situasi Malaysia dan negara lain yang sudah membangunkan kewangan Islam, Indonesia boleh melakukan lonjakan besar itu,” katanya.Dalam ucapannya sebelum itu, Zeti berkata peralihan kewangan Islam dalam arus utama sistem kewangan dunia merupakan peluang untuk pengantara kewangan Nusantara, terutama di Indonesia dan Malaysia.

Penulis di MyIktisad menyambut baik usaha yang berterusan oleh pihak yang berkenaan untuk menambahbaikkan instrumen kewangan berdasarkan syariah. Ianya perlu dikembangkan diperingkat global bagi menyediakan satu alternatif pelaburan bagi dana-dana yang berdasarkan unsur-unsur halal didalam polisi pelaburan masing-masing.

@MyIktisad

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...