Bernama semalam telah melaporkan bahawa pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) tidak akan dilaksanakan secara tergesa-gesa, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.
Tambah beliau "Malah, jika semua pihak bersetuju terhadap pelaksanaannya, pelaksanaan sepenuhnya GST masih memerlukan sekurang-kurangnya 18 bulan," kata Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).
Walaupun terdapat banyak perkara positif berkaitan GST, beliau memberi jaminan bahawa tumpuan kini ialah melibatkan dan mendidik orang ramai mengenainya."(Namun), kita tidak mempunyai tempoh masa untuk melaksanakannya, dan kami dalam proses melibatkan diri dengan orang ramai," katanya, yang menambah 143 negara sudah melaksanakan GST.
Beliau berkata, GST tidak akan memberi impak ke atas golongan berpendapatan rendah memandangkan kebanyakan produk asasi seperti makanan, barangan komoditi dan perkhidmatan, dikecualikan atau sifar cukai.Pada pengumuman mengenai perkembangan terkini ketujuh Program Transformasi Ekonomi (ETP) hari ini, Pemandu mengumumkan enam inisiatif reformasi strategik (SRI) dengan GST dimasukkan dalam SRO Kewangan Awam.Antara cadangan lain, Pemandu mengesyorkan kerajaan mengetatkan perbelanjaan, perbelanjaan perjalanan dan pemindahan pembayaran kepada badan berkanun.
MyIktisad menyambut baik keperihatinan Pemandu kali ini dalam memberi syor dan cadangan ini kepada kerajaan. Apa yang penting perinsip keadilan sosial diberikan keutamaan yang tinggi selaras dengan slogan rakyat didahulukan. Pemandu mungkin juga perlu juga mencadangkan agar kerajaan memperketatkan perbelanjaan modal kerajaan seperti pembelian aset-aset kenderaan model luar negara yang mungkin boleh dikategorikan sebagai agak mewah. Ini lebih baik daripada cadangan-cadangan yang sering dibuat yang menjurus kepada sesuatu yang bakal menyusahkan rakyat.
@MyIktisad
No comments:
Post a Comment