Dalam urusan perniagaan harian, rata-rata dikalangan kita sering menggunakan kaedah pengurangan kos bagi memastikan kesinambungan perniagaan. namun begitu saya berpendapat jika ianya tidak dilakukan secara berhati-hati ianya bakal memberi mudarat atau kesan negatif dalam jangka masa yang panjang.
Sebagaimana dengan proses "diet" pemakanan seseorang, menahan diri daripada makan disebabkan oleh hendak mengurangkan berat badan, jika tidak dilakukan dengan betul akan memudaratkan badan. Kita perlu mengambil makanan untuk memberikan tenaga dalam meneruskan kehidupan dan meneruskan proses "diet" yang seterusnya. Sekali sekala sejumlah wang perlu dilaburkan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari doktor, membeli vitamin dan sebagainya.
Hal yang sama juga terpakai dalam perniagaan. Kita perlu berbelanja untuk membolehkan perniagaan diteruskan dan sejumlah wang perlu dilaburkan untuk mencari peluang perniagaan baru, pemasaran, kajian produk dan perkhidmatan baru dan sebagainya. Jika ini tidak dapat diadaptasikan, maka ianya bakal menjurus diri kita dan perniagaan ke arah kegagalan.
@MyIktisad
No comments:
Post a Comment