Bursa Malaysia

top_rightads

Thursday, July 28, 2011

LHDN Perlu Bersifat Lebih Mesra Kepada Pembayar Cukai

Hari ini penulis menerima notis taksiran tambahan bagi tahun 2007 daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN). Bayangkan apa perasaan jikalau kita baru penat pulang bekerja, tiba-tiba mendapat notis untuk bayaran tambahan yang jumlahnya agak banyak. Lebih-lebih lagi jarak tahunnya agak jauh iaitu lebih kurang 4 tahun kebelakang. Disertakan pula dengan ayat yang bagi penulis rasa agak angkuh dan agak mengugut yang mana terdapat pada item no 3 tertera seperti berikut: , "Jika tuan tidak berpuas hati dengan taksiran ini, tuan boleh merayu terhadapnya dalam borang yang ditetapkan dalam had tempoh yang dinyatakan di muka sebelah. Walau bagaimanapun, cukai kena dibayar itu mesti dibayar sepenuhnya". Penulis cadangkan agar ayat berkenaan digantikan dengan ayat yang lebih mesra pelanggan sebagai kompromi kelemahan sistem mereka yang bagi penulis tidak berapa cekap. Ini kerana jangka masa yang agak lama menyusahkan pembayar cukai untuk mengingati semula fakta-fakta yang mereka ada.

Pada pengalaman penulis, notis ini tidak mengambil kira potongan cukai yang telah dibuat pada amaun tambahan yang boleh dikenakan cukai. Cuma kita kena pergi buat semakan ke pejabat LHDN yang berdekatan. Jika nasib baik, mungkin kita terlebih bayar, dan kadangkala terpaksa juga bayar cukai tambahan. Dalam menyahut seruan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", kenapa tidak LHDN membuat kajian serta perubahan dengan mengambilkira maklumat terkini yang ada di dalam sistem maklumat mereka, terhadap amaun potongan cukai bulanan pembayar cukai yang terkumpul yang mungkin berbaki di dalam sistem mereka? Ini bakal menjimatkan kos di mana pembayar tidak perlu bersusah payah ke kaunter berhampiran, dapat menjimatkan kos petrol, dan LHDN tak perlu lagi mempunyai cawangan yang banyak. Selain daripada itu ianya mengurangkan beban pemerintah sedia ada dari segi menguruskan persepsi buruk segelintir rakyat terhadap kerajaan. Takkan hal sebegini perlukan campur tangan Perdana Menteri untuk dibuat penambahbaikan.

Kalau dulu penulis tak boleh nak komplen secara terbuka, kerana masih belum ada blog sendiri. Jika dihantar ke surat khabarpun, ianya belum tentu akan  disiarkan. Namun pada zaman sekarang ini, seluruh dunia boleh membaca keluhan rakyat biasa seperti penulis.

@MyIktisad

3 comments:

  1. Hi nak tanya, kod bayaran untuk cukai tambahan yg kene dibayar apa ya?

    ReplyDelete
  2. Hi nak tanya, kod bayaran untuk cukai tambahan yg kene dibayar apa ya?

    ReplyDelete
  3. Saya tak pasti. Kena rujuk kepada LHDN la..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...