24 Jamadilawal 1433
KUALA LUMPUR, 14 April ,2012- Telekom Malaysia Bhd (TM) menerusi kenyataan Bernama menyasar untuk memperluaskan liputan jalur lebar optik gentian berkelajuan tingginya, UniFi kepada 1.3 juta premis menjelang akhir tahun dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.
Buat masa ini, syarikat telekomunikasi itu mempunyai 1.2 juta premis yang dipasang dan 320,000 pelanggan seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zamzairani Mohd Isa berkata usaha berkenaan seiring dengan aspirasi syarikat untuk menjadikan 2012, tahun untuk pengalaman pelanggan.
Maklumat Lanjut di URL: http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=659037
No comments:
Post a Comment