6 Jamadilakhir 1433
KUALA LUMPUR, 27 April, 2012- Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec) telah menyelesaikan kajian mengenai model nilaian Harta Intelek (IP) dan sudah bersedia untuk memperkenalkannya tidak lama lagi.
"Kami telah menjalankan semua proses yang diperlukan ke atas model itu tetapi kami memerlukan tarikh yang sesuai untuk membuat pengumuman rasmi," kata Ketua Pegawai Operasi, Ng Wan Peng, kepada Bernama selepas pelancaran peraduan 'Alcatel-Lucent Geek-The-Genius'.
MDeC, pemacu Koridor Raya Multimedia, sedang bekerjasama rapat dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk mendapatkan kelulusan-kelulusan sewajarnya bagi model nilaian IP itu.
Beliau juga berkata pelancaran model nilaian IP adalah langkah pertama untuk membantu institusi kewangan merujuk kepada perkaedahan khusus dalam menilai hak IP, tetapi enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai proses itu, tetapi berkata satu pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi.
Maklumat lanjut: BERNAMA
No comments:
Post a Comment