23 Jamadilawal 1433
Industri hartanan negara masih menunjukkan kenaikan harga yang agak tidak muhasabah. Kenaikan ini disebabkan oleh pelbagai fakor seperti kenaikan kos harga bahan binaan, buruh dan apa yang membimbangkan ialah aktiviti belian besar-besaran oleh pemain industri. Ditempat tinggal penulis ada iklan yang membuat pembelian besar-besaran untuk rumah kediaman.
Selain daripada itu faktor pembelian oleh warga asing juga menyebabkan penyebab kenaikan permintaan. Apa yang menjadi lebih malang, tujuan mereka membeli hanya mungkin untuk tujuan pelaburan sahaja dan mungkin tidak menginap dan berbelanja di negara ini. Jika ini berlaku, rakyat di negara ini terpaksa membayar lebih untuk membeli rumah kediaman. Secara tidak langsung kuasa membeli rakyat negara ini semakin terhakis.
Bagi yang tak mampu pula terpaksa mencari kediaman lebih jauh dipinggir bandar. Situasi ini pula bakal meningkatkan jumlah subsidi petrol yang terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan disebabkan lebih ramai rakyat yang terpaksa berulang alik lebih jauh ke tempat kerja.
Utuk mengelakkan masalah ini terus memberi kesan yang tidak baik kepada negara, penyediaan rumah mampu milik oleh kerajaan seperti projek Perumahan 1Malaysia perlu diperbanyakkan dan lokasi strategik perlu diberi perhatian utama. Selain itu, harga bekalan bahan binaan jugaperlu dikawal.Jika ini tidak dilakukan, ianya mendedahkan risiko terjejasnya ekonomi negara dalam jangka masa panjang.
Wallahualam
@MyIktisad
No comments:
Post a Comment