Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, April 14, 2012

Kestabilan Politik Adalah Penting Bagi Kelangsungan Kemakmuran Ekonomi

23 Jamadilawal 1433

Pilihanraya umum yang akan datang bagi Malaysia dilihat sebagai ujian besar bagi rakyat negara ini untuk memastikan kelangsungan kemakmuran ekonomi. Ini adalah kerana kestabilan pentadbiran ekonomi dan negara adalah penting bagi memastikan tumpuan diberikan bagi menyelesaikan masalah, merangka pelan  dan perlaksanaan inisiatif-inisiatif tertentu secara lebih sistematik dan berkesan bagi memajukan negara.

Sudah banyak contoh yang boleh dibuat perbandingan terutama di negara-negara tertentu yang dilanda krisis politik secara berterusan telah menyebabkan kemerosotan ekonomi negara dan kualiti kehidupan rakyat.Ini sudah tentu menyebabkan pembaziran sumber di mana berlakunya kerosakan harta benda, kehilangan peluang pelaburan dan apa yang lebih parah lagi hilangnya nyawa-nyawa manusia yang juga modal insan dalam menggerakkan sesebuah ekonomi. Tidak hairan juga ada juga negara-negara yang berusaha mengamalkan dasar campurtangan ke atas negara lain bagi mengucarkacirkan suasana keamanan negara pesaing bagi menjaga kepentingan negara mereka. Taktik kotor seperti ini tidak boleh dipandang remeh oleh mana-mana individu di mana-mana negara di dalam suasana persaingan perdangan dunia yang semakin sengit.

Justeru itu, adalah penting bagi setiap individu di negara ini bersama-sama menjaga keamanan dengan tidak melakukan sesuatu tindakan yang boleh mengancam keselamatan awam.Jika ini tidak dapat dilakukan, maka tiada jaminan bahawa kemakmuran ekonomi yang dinikmati sekarang dan selama ini akan terus berkekalan.

Wallahualam

@Myiktisad

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...