Bursa Malaysia

top_rightads

Monday, April 23, 2012

Pemilikan Ekuiti Bumiputera Meningkat Kepada 23.09 Peratus Pada 2010

2 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 23 April, 2012- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin mengumumkan bahawa pemilikan ekuiti Bumiputera pada nilai tara telah meningkat kepada 23.09 peratus bernilai RM167.7 bilion pada 2010 berbanding 21.9 peratus bernilai RM127.4 bilion pada 2008.

Angka tersebut diperoleh berasaskan keseluruhan ekuiti yang berjumlah RM726.4 bilion pada 2010 berbanding RM581.8 bilion pada 2008, kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pemilikan ekuiti Bumiputera ini termasuk pemilikan individu-individu, Institusi Kepentingan Bumiputera (institusi yang ditubuhkan khusus untuk menggembleng sumber tabungan Bumiputera) seperti Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Agensi Amanah (agensi yang ditubuhkan khusus dan diberi mandat oleh kerajaan bagi meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam ekonomi) seperti Permodalan Nasional Bhd (PNB), Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).

Maklumat lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...