6 Jamadilakhir 1433
KOTA KINABALU, 27 April ,2012- Malaysia merupakan antara negara di dunia yang melaksanakan strategi terbaik bagi membendung inflasi ke tahap yang tidak terlalu membebankan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata kadar inflasi atau kenaikan harga di negara ini hanya sekitar tiga peratus berbanding di negara lain yang mengalami inflasi antara 10 dan 100 peratus.
"Kerajaan tidak pernah naikkan harga barang, yang naikkan itu peniaga, tapi soalnya fenomena kenaikan harga barang ini berlaku di seluruh dunia, saya menyebut ini bukan mencari sebab.
"Hakikatnya sudah meningkat sebab antara lain bilangan penduduk dunia sudah meningkat tujuh bilion. Tetapi peningkatan dari segi bekalan makanan di dunia tak secepat peningkatan manusia di dunia yang memerlukan makanan dan minuman. Jadi dari segi teori ekonomi kalau permintaan meningkat dan bekalan tak bertambah, harga pasti naik," katanya.
Maklumat lanjut: BERNAMA
No comments:
Post a Comment