Bursa Malaysia

top_rightads

Sunday, April 29, 2012

KPF Masih Boleh Menyertai IPO FGVH

7 Jamadilakhir 1433

LONDON, 28 April , 2012- Koperasi Permodalan Felda (KPF), pertubuhan peneroka, keluarga dan pemilik ekuiti kakitangan dalam Felda akan berpeluang menyertai tawaran awam awal (IPO) ketiga terbesar di rantau Asia Tenggara.

Saham-saham Felda Global Ventures (FGVH) boleh didapati oleh KPF melalui pengambilalihan saham daripada Felda Holdings tetapi jumlah kepentingan yang berpeluang dimiliki oleh KPF adalah kurang daripada yang dihasratkan pada mulanya.

Rancangan asal ialah KPF akan menukar 51 peratus kepentingannya dalam Felda Holdings dengan 37 peratus kepentingan dalam FGVH.

Sekarang, 37 peratus kepentingan ini akan dibahagikan antara Felda Holdings (17 peratus) dan sebuah tabung amanah baharu yang ditubuhkan untuk menjaga kepentingan peneroka (20 peratus).

Entiti ini kemudiannya akan membayar dividen daripada keuntungan FGVH kepada kira-kira 112,000 peneroka secara terus.

KPF mempunyai baki 17 peratus saham FGVH sebelum disenaraikan, yang boleh dibeli daripada Felda Holdings jika rundingan antara Lembaga KPF dengan FGVH mengenai terma-terma bagi penjualan kepentingannya dalam Felda Holdings kepada FGVH sebagai sebahagian daripada syarat penyenaraian itu boleh diselesaikan.

Maklumat lanjut :BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...