Bursa Malaysia

top_rightads

Wednesday, April 11, 2012

Isu Cadangan Kenaikan Caruman KWSP:Naikkan Dahulu Kadar Pembayaran Dividen

19 Jamadilawal 1433

Penulis kuranng bersetuju dengan cadangan menaikkan kadar caruman KWSP sama ada di pihak majikan atau pekerja. Ini adalah kerana ianya bakal menambahkan lagi bebanan kepada para pencarum dan majikan yang semakin hari semakin dihimpit kenaikan kos sara hidup.

Alasan bahawa pertambahan bagi menampung keperluan di hari tua adalah merupakan idea yang konservatif dalam menguruskan pelaburan kewangan.Bagaimana pula keperluan dimasa sekarang?Keperluan pendidikan anak-anak seperti pembayaran kelas tambahan, sekolah agama dan sebagainya bukan pelaburankah?Apakah KWSP dilihat sebagai satu-satunya simbol pelaburan semata-mata di negara ini? Apakah simpanan KWSP boleh digunakan untuk pembelajaran anak-anak disekolah agama atau di tuisyen-tuisyen?

Wang lebih bermakna bagi seseorang sekiranya ianya dapat digunakan di atas keperluan sebenar dan tepat pada masanya. Manfaat yang tak dapat dizahirkan seperti pengurangan tekanan bebanan semasa kewangan juga perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

Sebenarnya pilihan yang ada selain daripada menaikkan caruman ialah dengan mengenakan dasar pembayaran minimum sebanyak 10% setahun. Nampak sukar, tetapi bagi penulis ianya adalah tidak mustahil. KWSP perlulah mengenakan dasar ke atas syarikat yang dilabur agar mengamalkan pembayaran dividen polisi yang lebih agresif atau berdepan dengan risiko penarikan pelaburan atau pihak pengurusan syarikat berkenaan perlu distruktur semula.

Pihak kerajaan juga berperanan agar tidak melayan para pelabur-pelabur tempatan atau asing yang sering meminta agar kerajaan mengurangkan pegangan ekuiti dalam syarikat berkaitan kerajaan(GLC). Jika dikurangkan pegangan KWSP dalam GLC, di mana pula KWSP nak dapatkan pulangan? Akhirnya, segala permasalahan bakal dipindahkan ke bahu pengguna atau rakyat dengan menaikkan caruman mereka. Ini sudah semesestinya tidak selaras dengan slogan rakyat didahulukan.

Wallahualam

@Myiktisad

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...