Bursa Malaysia

top_rightads

Wednesday, February 18, 2015

Rakyat Malaysia Digalak Ambil Takaful Kesihatan

26 Rabiulakhir 1436

Rakyat Malaysia terutamanya umat Islam di negara ini digalakkan untuk mengambil takaful kesihatan(insuran patuh syariah untuk rawatan di hospital) agar kepentingan dan tahap kesihatan mereka lebih terjamin. Walaupun kebanyakan mereka mendapat kemudahan daripada majikan, namun situasi menunjukkan kebanyakan majikan termasuk syarikat-syarikat besar mula mengurangkan kemudahan-kemudahan tersebut disebabkan persaingan di dalam perniagaan yang semakin mencabar.

Ini menyebabkan kebanyakan syarikat cuba mengurangkan kos dengan mengurangkan belanja perubatan untuk pekerja mereka. Maka tidak hairanlah jika pekerja baru yang menyertai sesuatu syarikat akan mendapati bahawa kemudahan perubatan mereka tidak sama dengan pekerja yang lebih dahulu menyertai syarikat berkenaan. Kekurangan kemudahan perubatan tersebut selalunya telah ditampung dengan gaji yang lebih menarik kepada pekerja baru.
Hospital Pantai KL

Bagi memastikan untuk mendapat kemudahan rawatan kesihatan yang baik, maka pekerja atau rakyat perlulah bertindak bijak dengan membelanjakan sejumlah wang untuk mendapatkan perlindungan kesihatan bagi diri mereka atau tanggungan mereka. Ini sedikit sebanyak dapat menjaga kepentingan diri mereka dan keluarga, jika kos perubatan yang ditanggung majikan telah mencapai had yang telah ditetapkan. Walaupun ada yang berpendapat bahawa rawatan juga boleh diperolehi di hospital kerajaan, namun kesesakan yang sering berlaku di sana mungkin menjadi batu penghalang bagi setiap rakyat untuk mendapat rawatan yang lebih sempurna.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...