Utusan Malaysia hari ini telah melaporkan bahawa golongan berpendapatan RM 3000 kebawah sebulan akan dibantu. Laporan berkenaan yang memetik bahawa Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, ia merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan kurang RM3,000.Menurutnya, kajian yang mengambil masa selama dua minggu itu akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk diteliti sebelum dibentangkan pada belanjawan akan datang.
“Menerusi kajian ini, kita akan mengenal pasti pilihan terbaik bagi membantu masyarakat agar ia dapat dilaksanakan secara efisien dan efektif.“Apa yang penting, langkah atau inisiatif yang dilaksanakan nanti dapat mencapai matlamat untuk membantu golongan tersebut dalam meringankan beban mereka. Kerajaan memandang serius perkara itu kerana mendapati golongan yang berpendapatan kurang RM3,000 menerima kesan secara langsung ekoran kenaikan harga barang.-Utusan Malaysia
Sesungguhnya cadangan berkenaan jika dapat direalisasikan akan mengurangkan beban golongan berkenaan. Ini adalah langkah awal dalam mengurangkan beban rakyat secara keseluruhan. Namun golongan yang berpendapatan atas RM 3000 pula boleh dikurangkan beban dengan mengurangkan cukai pendapatan individu. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kuasa beli dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi domestik negara.
Untuk menampung hasil kerajaan yang terpaksa dikorbankan, kerajaan boleh melabur dalam aktiviti perlombongan komoditi seperti bijih besi dan sebagainya atau mengurangkan kebocoran hasil yang berlaku menerusi kegiatan penyeludupan barangan.
@MyIktisad
No comments:
Post a Comment