Kerajaan sehingga kini belum mengumumkan rasionalisasikan subsidi tariff elektrik kepada rakyat Malaysia. Secara umumnya saya berpendapat sudah tiba masanya proses rasionalisasi dilihat dari sudut segmentasi dan bukannya dibuat secara pukul sama rata. Kajian perlu dibuat siapakah yang sebenarnya menggunakan dan mendapat manfaat terbesar tariff subsidi elektrik ini. Adakah rakyat biasa atau golongan pelabur dan peniaga-peniaga atau pemain industri. Harus diingat bahawa, bagi golongan peniaga ini, matlamatnya tidak lain ialah untuk memaksimakan keuntungan mereka. Sudah tentu tuntutan demi tuntutan akan dilakukan kepada kerajaan agar mereka terus mencapai matlamat mereka yang bersifat tamak haloba dengan apa jua cara sekalipun.
Ada juga berpendapat bahawa mereka membuka peluang pekerjaan kepada rakyat, tetapi persoalan yang perlu diutarakan kepada mereka, adakah mereka menggaji pekerja tempatan ataupun pekerja asing? Jika pembuat polisi berjalan-jalan dikawasan perindustrian, rata-rata mereka akan mendapati bahawa mereka seolah-olah akan berada di luar negara Malaysia. Keadaan ini berlaku atas sebab sifat tamak haloba suatu golongan peniaga yang sering membuat tuntutan kepada kerajaan dan tidak pernah dan tidak akan bersyukur. Sikap mereka seringkali dilihat seperti diberi betis hendakkan peha pula.
Sudah tiba masanya kerajaan melihat dari sudut ini agar kek kekayaan negara dapat diagihkan bagai meletakkan sesuatu pada tempatnya dan bukannya dibuat secara melepaskan batuk ditangga.
@MyIktisad
Pencari Pinjaman Dear
ReplyDeleteAdakah anda dalam apa-apa masalah kewangan? Adakah anda ingin memulakan perniagaan? Ini syarikat pinjaman telah ditubuhkan oleh manusia organisasi hak yang luas dengan tujuan tunggal untuk membantu orang-orang miskin dan orang yang dalam kesulitan kewangan kehidupan dunia. Jika anda ingin memohon untuk pinjaman, dapatkan kembali kepada kami dengan butiran di bawah melalui e-mel: carlijnehrizan@gmail.com
nama:
Jumlah Pinjaman Diperlukan:
Tempoh pinjaman:
Nombor Telefon:
Yang benar,
Puan Carlijne Sahrizan