Tiada kenaikan harga bagi RON 95, Diesel dan LPG buat masa kini. Ini yang telah dilaporkan oleh Bernama sebentar tadi.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri membuat kenyataan bahawa Kabinet telah memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam semasa mesyuarat kabinet hari ini.
Ini secara tidak langsung memberikan nafas lega seketika bagi golongan yang masih bergantung kepada pemberian subsidi oleh kerajaan. Namun sebagai rakyat yang perihatin, kita berharap lebih banyak cadangan yang boleh kita berkongsi bersama dengan pihak kerajaan agar pengagihan kekayaan negara dapat diagihkan dengan lebih cekap.
Antara cadangan yang oleh dipertimbangkan ialah:
1. Kerajaan perlu merasionalisasikan perbelanjaan modal dalam sector awam dimana pembelian kenderaan buatan tempatan perlu diutamakan untuk tujuan rasmi.
2. Subsidi kepada Pengeluar Tenaga Bebas (Independent Power Supply-IPP ) perlu dirasionalisasikan terlebih dahulu sebelum program rasionalisasi diperluaskan kepada golongan awam.Ini kerana kita dapati bahawa majority IPP di Malaysia mengaut keuntungan yang berlebihan dan ada diantaranya telah dinyahsenaraikan kerana pemilik utama enggan berkongsi untung dengan pihak pelabur awam.
3. Menjalankan kempen mengurangkan penggunaan petrol. Majikan digalakkan mengaplikasikan skim bekerja dari rumah yang mana ianya bakal mengurangkan perbelanjaan pengangkutan.
4. Menghentikan kebocoran hasil kerajaan. Penguatkuasaan perlu diperkasakan agar jumlah dagangan yang tidak dapat dicukai dapat dibendung.
5. Barangan bersubsidi hanya diperuntukkan kepada warga Negara Malaysia sahaja.
6. Mempercepatkan pengeluaran kenderaan berasaskan elektrik.
7. Memberi subsidi kepada penggunaan solar di rumah persendirian. Jika perlu, kilang pengeluaran panel solar perlu ditubuhkan oleh syarikat berkaitan kerajaan.
8. Pembaharuan dari segi prasarana pelajaran. Banyakkan proses pembelajaran dan sumber ilmu dalam bentuk elektronik, seperti e-book, e-library yang mana ianya bakal mengurangkan kos dari segi pembinaan bangunan baru.
9. Meningkatkan pengeluaran hasil petroleum negara untuk dieksport pada ketika harga minyak sedang tinggi, dan membeli semula minyak sebagai stok penimbal apabila harga minyak dalam keadaan rendah. Pilihan ini , saya yakin perlu dan boleh diberi perhatian yang sewajarnya.
10. Dan lain-lain lagi
Dengan itu, kita berharap agar lebih ramai golongan rakyat bersuara memberi cadangan/kritikan yang membina dan tidak hanya pandai merungut dan mengkritik sahaja. Diharapkan keputusan kerajaan setakat ini tidak menghentikan kita daripada memikirkan langkah-langkah yang boleh dicadangkan serta didesak untuk diperhalusi oleh pihak yang berkaitan.
@MyIktisad
Buat masa sekarang. Bulan depan belum tentu. Tak naik RON95, Tarif letrik plak bakal naik.
ReplyDeleteok
ReplyDeletePencari Pinjaman Dear
ReplyDeleteAdakah anda dalam apa-apa masalah kewangan? Adakah anda ingin memulakan perniagaan? Ini syarikat pinjaman telah ditubuhkan oleh manusia organisasi hak yang luas dengan tujuan tunggal untuk membantu orang-orang miskin dan orang yang dalam kesulitan kewangan kehidupan dunia. Jika anda ingin memohon untuk pinjaman, dapatkan kembali kepada kami dengan butiran di bawah melalui e-mel: carlijnehrizan@gmail.com
nama:
Jumlah Pinjaman Diperlukan:
Tempoh pinjaman:
Nombor Telefon:
Yang benar,
Puan Carlijne Sahrizan