Ekonomi negara dijangka mengalami kerugian berbilion ringgit akibat daripada perhimpunan jalanan yang dirancang pada 9 Julai 2011 nanti. Namun, pihak penganjur seakan tidak mengambil peduli dan tetap akan meneruskan perhimpunan berkenaan meskipun mendapat bantahan dan rayuan daripada orang ramai.
Mungkin para penganjur terdiri daripada golongan elit dan sudah kaya. Selalunya bila berada dilangit rumput dibumi akan dilupakan. Sebagai seorang yang beriman, selalunya maslahat atau kepentingan umum perlu diutamakan berbanding dengan malahat individu. Dalam kes ini banyak pihak yang akan mengalami kerugian, dari pemandu teksi sehinggalah kepada golongan peniaga dan pengguna.Kepada golongan biasa, bersamalah kita tidak menyertai mana-mana kumpulan terlibat agar kita tidak digunakan oleh orang-orang atau individu-individu yang sering bersifat terlalu opportunis.
Maka untuk hidup tidak menyusahkan orang lain, maka eloklah kita berada dirumah sahaja pada 9 Julai nanti. Tak payah la nak sertai mana-mana pihak menyertai perhimpunan berkenaan. Secara kebetulan setiap paksi yang nak berhimpun itu terdiri daripada golongan-golongan yang semakin suam-suam kuku dalam politik.
@MyIktisad
Pages
top_rightads
Khamis, 30 Jun 2011
Rabu, 29 Jun 2011
Pencarum KWSP Perlu Diberi Pilihan
Kerajaan sewajarnya menimbang untuk memberi pilihan kepada para pencarum jika mereka berhasrat untuk mengurangkan caruman mereka daripada 11 peratus kepada 9 peratus. Ini berlawanan dengan langkah kerajaan yang mengurangkan caruman, tetapi memberi pilihan kepada pencarum untuk mengekalkan kadar caruman sedia ada.
Dalam keadaan kekangan kos yang semakin meningkat, adalah munasabah jika peluang diberikan kepada para pencarum yang memerlukan wang tambahan dalam mengurangkan beban tanggungan mereka. Ini dapat mengelakkan sedikit sebanyak golongan yang sering terjerat dengan tunggakan kad kredit atas kekangan kewangan. Nilai wang sebenarnya paling tinggi apabila ianya amat-amat diperlukan. Di saat para pencarum bertungkus lumus membentuk keluarga dan membesarkan anak-anak dan menyediakan keperluan pendidikan, sudah tentunya wang berkenaan diperlukan berbanding semasa berumur 50 tahun. Itupun kalau sempat sampai umur 50 tahun. Sekurang-kurangnya langkah ini memberi peluang lebih ramai pencarum merasa wang hasil pekerjaan mereka berbanding dengan hanya waris yang menikmatinya nanti.
Jika ianya direalisasikan, sudah semestikan meningkatkan kuasa beli rakyat dan negara dapat mengurangkan kebergantungan kepada aliran pelaburan asing. KWSP pula, tidak perlu bersusah payah melabur di luar negara yang mana risiko pelabuaran di luar negara lebih tinggi dan amat sukar diramalkan. Jika ada kesatuan pekerja yang membantah cadangan ini, katakan sahaja kepada mereka " Ini duit aku! suka hatilah aku nak buat apa".Lagipun, 9 % lagi kan ada?"Pilihan di tangan masing-masing.

Selasa, 28 Jun 2011
GST Bukan Pilihan Terbaik Untuk Kerajaan
Bernama baru-baru ini melaporkan bahawa seorang menteri telah membuat kenyataan bahawa Malaysia perlu memikirkan untuk memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST) kerana ia penting bagi melebarkan asas cukai kerajaan.Katanya rakyat perlu menerima hakikat bahawa kerajaan perlu melaksanakannya kerana waktu itu kerajaan akan mempunyai wang yang amat mencukupi untuk kegunaan semua pihak, terutama sekali golongan miskin.
Namun begitu saya berpendapat, dengan adanya GST, rakyat miskin juga terpaksa membayar cukai apabila melanggan barangan dan perkhidmatan. Dengan kata lain pi mai pi mai tang tu jugak. Malahan natijahnya lebih buruk lagi dengan makin bercambahnya persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan. Mungkin hal seperti ini tidak terjangkau dalam fikiran beliau(menteri berkenaan) kerana beliau bukannya ahli politik sebelum ini.
Selain itu, apabila pendapatan dipusatkan kepada kerajaan,risiko serangan ekonomi, kebocoran, kelemahan dan ketirisan juga tidak dapat dielakkan. Berbanding jika wang berkenaan dibiarkan dikalangan individu-individu segenap lapisan, ianya bakal menggalakkan kuasa beli rakyat dan meningkatkan permintaan ekonomi domestik. Apabila ekonomi rancak, ianya bakal membuka peluang pekerjaan dan akhirnya bakal masuk balik ke kantung kerajaan melalui cukai pendapatan.
Mengikut konsep ekonomi yang pernah diamalkan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir, ekonomi akan bergerak pantas jika wang berpindah dengan lebih pantas dikalangan rakyat. Jika cukai GST dikenakan, maka setiap perbelanjaan akan dikenakan cukai dan ianya bakal membebankan rakyat tak kira yang miskin atau yang kaya. Yang kaya akan beralih berbelanja di negara-negara yang tak ada GST, manakala yang miskin tiada pilihan dan keseluruhan rakyat mungkin mengurangkan perbelanjaan. Apabila perbelanjaan dikurangkan, maka ianya akan melemahkan permintaan ekonomi domestik. Dalam keadaan ketidakstabilan ekonomi dunia , aliran pelaburan langsung tidak boleh diharapkan sangat.Kita pada masa itu amat-amat memerlukan permintaan domestik bagi mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi bagi mencapai wawasan 2020.
Apa yang penting ialah perlunya kita mencari kaedah percukaian terbaik dan ianya menuntut daya kreativiti dan inovasi di peringkat pembuat dasar. Sistem percukaian Islam di zaman kegemilangan pemerintahan Islam yang terbukti telah berjaya, terutama di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, boleh dikaji untuk diadaptasikan di sini. Janganlah pula dikata ianya tidak sesuai jika tiada sebarang kajian dibuat.Belum cuba belum tahu....

Isnin, 27 Jun 2011
Wujudkan Lembaga Zakat Kebangsaan
Buat masa kini, urusan zakat diuruskan oleh negeri-negeri masing-masing di negara ini. Penerima zakat dikategorikan mengikut alamat tempat tinggal. Namun begitu tiada sekatan jika zakat ingin dibayar di mana-mana negeri. Namun dari segi penerimaan bantuan, pengalamanku berurusan untuk mendapatkan bantuan untuk saudaraku(abangku) yang sedang koma pada tahun lepas amat menyedihkan. Aku ingin memohon agar potongan zakat yang aku bayar secara bulanan diberikan kepada sedaraku ditolak.
Kemudian, permohonan bantuan pula berdasarkan alamat di kad pengenalan , tak silap aku dan mengikut negeri. Terpaksa la berulang alik ke sana sini menagih simpati.Namun tak sempat nak dapat bantuan, sedara aku meninggal dunia.
Namun pengajarannya, jika proses birokrasi ini menjadi puncanya eloklah ditubuhkan lembaga zakat kebangsaan di mana semua penduduk di negara ini layak membayar zakat dan menerima zakat darinya. Boleh juga namakan organisasi baru ini sebagai Zakat 1Mlaysia ke , 1Umat ke dan lain-lain yang senama dengannya.
Masa untuk tunggu permohonan dan aduan sudah berlalu. Para pentadbir perlu turun padang untuk meninjau golongan-golongan yang amat memerlukan, yang mana mereka juga bukanlah dari jenis golongan yang meminta-minta. Contohilah khalifah -khalifah Islam di zaman lampau yang turun padang mencari penerima zakat dan bantuan.Jika ini dapat dilakukan, maka tidak mustahil konsep keadilan sosial dapat dicapai di negara ini di mana rakyat sering didahulukan.

Ahad, 26 Jun 2011
Isu Fatwa Haram Amanah Saham Bumiputra(ASB) : Perlu Dicari Penyelesaian Terbaik
Baru-baru ini Majlis Fatwa Selangor mengeluarkan fatwa yang mengharamkan pelaburan ASB berdasarkan hujah-hujah tertentu. Namun fatwa terbaru ini bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan beberapa tahun lalu.
Namun bukan niat penulis hendak mempertikaikan apa yang telah diputuskan oleh kedua-dua badan fatwa berkenaan.Apa yang penting penyelesaian perlu dicari bagi menyelesaikan polemik yang seakan tidak berkesudahan ini. Pengguna dan pelabur yang majoriti dari umat Islam yang akan rugi disebabkan ketidakseragaman fatwa berkenaan. Bayangkan kita terpaksa keluar masuk dana yang kita simpan disebabkan fatwa yang berubah-ubah. Diharapkan agar tiada unsur politik yang dibuat dalam hal ini memandangkan Persekutuan dan negeri sekarang mempunyai fahaman politik yang berbeza.
Bagi kerajaan yang mendokong Rakyat didahulukan, maka sudah sampai masanya pendekatan yang luar biasa perlu diambil agar pelabur tidak terus menjadi mangsa. Isu seperti pelaburan ASB di sebuah kumpulan perbankan konvensional perlu diselesaikan dengan proses "de-merger" terhadap syarikat perbankan berkenaan di antara konvensional dan Islam. Equiti pemilikan oleh ASB perlu dipindahkan kepada entiti yang berlandaskan Islam, manakala kumpulan perbankan induk sebelum ini masih boleh memegang ekuiti majoriti tertentu entiti perbankan Islam berkenaan melalui proses penyenaraian baru. Maka dengan itu isu percampuran pendapatan perbankan konvensional dan Islam dapat diselesaikan dengan baik.

Langgan:
Catatan (Atom)