Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, November 24, 2012

Kerangka CSR Islam Sedia Diguna Pakai Pada Tahun Depan

10 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 23 November 2012- Kerangka Amalan Am Tanggung Jawab Sosial Korporat Islam (i-CSR) akan tersedia bagi diguna pakai oleh institusi kewangan Islam menjelang tahun depan.

Kerangka itu, yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI) Universiti Teknologi Mara, kini sudah hampir siap.

Ia dilaksanakan secara bersama oleh para penyelidik ARI di Pusat Kelestarian Asia Pasifik (APCeS) UITM-ACCA dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia dan Sebelas Maret University dan Universitas Muhammadiyah Surakarta di Indonesia.

Bercakap kepada Bernama baru-baru ini, Pengarah ARI Prof Dr Normah Omar berkata institut itu akan mendapatkan khidmat para ilmuan syariah, yang termasuk ulama tempatan bagi mengemaskinikan beberapa butiran pada kerangka itu semasa bengkel dua hari mulai 29 Nov ini.

Katanya bengkel itu akan membangunkan satu indeks i-CSR yang akan digunakan sebagai garis panduan oleh pengamal dan pelaksana CSR di institusi Islam.

Maklumat lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...