Bursa Malaysia

top_rightads

Monday, November 12, 2012

Hindari Sifat Tamak Ketika Membuat Pelaburan

27 Zulhijjah 1433

Para pelabur seharusnya menghindari sifat tamak dalam melakukan sesuatu pelaburan. Bak kata pepatah Melayu, “Orang Tamak Selalu Rugi, bagai Anjing Dengan Bayang”. Kita perlu berpaksikan kepada realiti dalam menilai prospek sesuatu pelaburan. Selalunya  hampir tiada bagi sesuatu pelaburan yang menawarkan pulangan tinggi tetapi menyediakan suasana pelaburan yang mempunyai risiko yang rendah.

Merujuk kepada isu pelaburan skim cepat kaya yang timbul semula di negara ini, ianya mendedahkan sikap sebenar di kalangan pelabur yang masih berpaksikan sikap tamak dalam melakukan transaksi sesuatu pelaburan.  Apabila sifat tamak telah menguasai diri kita, maka cacingpun boleh dijadikan skim pelaburan selain daripada emas  wang tunai dan sebagainya .  Maka wang yang dikumpulkan bertahun-tahun dari jerit perih wang atau harta yang diperolehi dari sumber pekerjaan untuk tabungan di hari muka hilang dengan sekelip mata.Natijahnya, amat sukar bagi mereka yang telah berumur untuk  bangun semula membina kekayaan yang telah hilang.

Ada pula dikalangan pelabur yang sudah mencapai tahap balik modal dalam sesuatu pelaburan , tetapi masih merasakan keuntungan yang diperolehi belum cukup. Maka mereka  terus menambahkan pelaburan secara berpuluhan dan ratusan ribu sedangkan sepatutnya mereka boleh memilih pilihan untuk keluar seketika untuk dibuat penilaian terhadap skim yang dilaburkan selama ini. Namun disebabkan sifat tamak, pelaburan terus menerus diteruskan.Apabila sudah sampai  masa musibah yang berlaku, wang berkenaan turut hilang sekelip mata.Namun golongan ini masih bernasib baik kerana hanya rugi dari sudut peluang  membuat untung secara berterusan sahaja.

Oleh yang demikian, para pelabur perlulah menghindari sifat tamak dalam melakukan sesuatu transaksi pelaburan.Apa yang lebih penting terutama bagi setiap mereka yang beriman, sesuatu pelaburan itu perlulah mematuhi aspek syariah di dala Islam.
Wallahualam

@myiktisad

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...