Bursa Malaysia

top_rightads

Tuesday, May 1, 2012

Orang Melayu Perlu Manfaatkan Sepenuhnya Peluang Di Malaysia, Pesan Melayu Lingga

9 Jamadilakhir 1433

RIAU (Indonesia), 1 Mei , 2012- Malaysia antara negara terbaik di dunia dalam menyediakan peluang serta kemudahan kepada rakyatnya, justeru orang Melayu di Malaysia perlu memanfaatkan sepenuhnya peluang yang tersedia itu.

Itulah pandangan beberapa penduduk Melayu di Lingga di sini yang ditemui Bernama.

Mohammad Salim, 51, dari Pulau Benan, Lingga, berkata terdapat begitu banyak peluang, termasuk dalam bidang pendidikan dan ekonomi, yang terhidang di depan mata yang disediakan oleh kerajaan untuk rakyat Malaysia.

"Kami di sini tidak mempunyai peluang sebanyak diperoleh orang Melayu di Malaysia, jadi jangan duduk menunggu untuk disuap, orang Melayu di Malaysia perlu rebut peluang ini bagi memajukan diri, masyarakat dan generasi seterusnya," katanya kepada Bernama di Lingga.

Beliau yang bekerja sebagai penternak ikan kagum dengan usaha yang dilakukan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama lebih 20 tahun bagi memajukan bangsa Melayu di Malaysia.

"Cerita kehebatan bapak Mahathir memajukan bangsa Melayu di Malaysia meniti di bibir orang Melayu di sini. Usaha beliau di peringkat antarabangsa telah membawa bangsa Melayu dikenali di serata dunia.

"Bagi saya, bapak Mahathir 'pemegang utuh' kata-kata Hang Tuah 'Takkan Melayu hilang di dunia!' Bapak Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) juga tidak kurang hebatnya, beliau mampu meneruskan usaha bapak Mahathir," kata Salim.

Maklumat lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...