Bursa Malaysia

top_rightads

Tuesday, May 29, 2012

Pengumuman Insentif Cukai: 100 Syarikat Disasar Sertai SL1M

9 Rejab 1433

MELAKA, 29 Mei , 2012- Kira-kira 100 syarikat disasar menyertai Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) menjelang akhir tahun ini berikutan pengumuman insentif potongan cukai berganda oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata insentif itu dapat memberi galakan kepada syarikat sedia ada dan syarikat lain membantu graduan menganggur memperoleh pekerjaan.

Beliau berkata, pada masa ini, 49 syarikat kebanyakannya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah menyertai SL1M secara tanggung jawab sosial.

"Ini bermakna setiap RM1 yang dibelanjakan pihak syarikat dalam SL1M selepas ini akan mendapat potongan cukai RM2," katanya kepada pemberita selepas majlis graduasi pelatih SL1M - Telekom Malaysia Berhad (TM) di Universiti Multimedia di sini hari ini.

Seramai 202 graduan kohort dua yang menjalani latihan kemahiran insaniah selama dua bulan dijalankan TM menerima sijil masing-masing pada majlis tersebut.

maklumat lanjut : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...