Bursa Malaysia

top_rightads

Sunday, May 20, 2012

Usahawan Bumiputera Digesa Tingkatkan Penggunaan Perbankan Islam

28 Jamadilakhir 1433


KUALA LUMPUR, 17 Mei, 2012 - Para usahawan Bumiputera seharusnya perlu mempertimbangkan dengan sewajarnya untuk menggunakan sistem perbankan Islam dengan lebih kerap di dalam perniagaan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

 Katanya produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh institusi kewangan di negara ini adalah berlandaskan hukum syarak.

 "Dan adalah terbukti bahawa negara kita kini mempunyai sistem kewangan Islam yang lengkap, merangkumi takaful dan perniagaan saham dalam Bursa Malaysia."

 "Selain itu, kita juga mempunyai Pasaran Kewangan Antarabangsa di Labuan yang memainkan peranan penting dalam perkembangan pasaran wang antarabangsa, " katanya semasa berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-21 Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia.

 Skim Pembiayaan PKS Patuh Shariah telah diumumkan baru-baru ini dengan dana berjumlah RM2 bilion dalam bentuk rebat 2.0 peratus bagi permohonan perbiayaan berjumlah sehingga RM5 juta yang diluluskan sehingga 2013.

 Muhyiddin juga berkata kaum Bumiputera harus berusaha berhijrah yang lebih besar, iaitu kepada yang berteknologi tinggi berasaskan inovasi dan kreativiti.

Maklumat lanjut :BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...