28 Zulkaedah 1433
KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2012- Pihak Perbankan Islam di negara ini diminta untuk lebih berperikemanusiaan kepada pembeli rumah terbengkalai supaya tidak terbeban dengan hutang yang berisiko menjadi muflis.
Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Kewangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied berkata pihaknya mendapati terdapat banyak kes pembeli menghadapi kes mahkamah yang difailkan pihak perbankan Islam itu bagi menuntut bayaran balik dengan kadar tinggi biarpun rumah tidak siap.
Beliau berkata demikian dalam Forum Pengguna 2012 bertajuk "Perbankan Islam Hanya Pada Nama?" di sini.
Aktivis PPIM Shirazdeen Adam Shah bertindak sebagai moderator forum itu manakala Ketua Bahagian Syariah Bank Islam Malaysia Berhad Ustaz Mohd Nadzri Chik sebagai panel kedua dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Muamalat Malaysia Bhd Datuk Abdul Manap Abdul Wahab menjadi panel keempat.
Sheikh Abdul Kareem yang juga panel ketiga forum itu berkata sebagai sebuah entiti yang berlandaskan syariah, pihak bank wajar memikirkan masalah yang dihadapi pengguna Islam yang mana pegawai-pegawai bank tersebut disaran menggunakan budi bicara dalam usaha membantu pembeli Islam meringankan beban mereka.
Maklumat lanjut: BERNAMA
Pages
top_rightads
Ahad, 14 Oktober 2012
Sabtu, 13 Oktober 2012
Kerajaan Bersedia Rangka Pelan Induk Kenderaan Elektrik Menjelang Akhir 2013
27 Zulkaedah 1433
KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2012- Kerajaan akan bersedia merangka pelan induk untuk penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia menjelang akhir 2013, kata Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Beliau berkata pada masa ini, kerajaan sedang mengumpulkan data daripada pembuat kereta yang terbabit dalam program perintis kenderaan elektrik di negara ini.
Beliau berkata kementerian itu, menerusi Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia, akan mendapatkan data lengkap sebelum kerajaan mengumumkan EV sebagai kenderaan pengangkutan di Malaysia.
Maklumat lanjut : BERNAMA

Cadangan Pengambilalihan KTMB Oleh MMC Dibantah
27 Zulkaedah 1433
KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2012- Kira-kira 700 anggota Persatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) berpiket di depan ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi membantah cadangan menyerahkan KTMB kepada Malaysian Mining Corporation (MMC) di bawah program penswastaan.
Presiden RUM Abdul Razak Md Hassan berkata pihaknya bimbang jika cadangan itu diteruskan, ia akan menjejaskan kira-kira 5,500 pekerja KTMB selain perkhidmatan kereta api di negara ini.
"Kami gusar jika KTMB diswastakan, takut akan berlaku lagi seperti dahulu ketika KTMB diambil alih Konsortium Marak Unggul Sdn Bhd (1997-2002) yang telah memberikan pelbagai masalah kepada pekerja," katanya kepada pemberita.

Jumaat, 12 Oktober 2012
Santai TV Channels Kini Tersedia Bersama IOS Apps Bagi Pengguna iPhone
26 Zulkaedah 1433
KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2012 - Fine Mobile Network Sdn Bhd mengumumkan saluran Santai TV kini boleh ditonton oleh pengguna iPhone berikutan kewujudan IOS Applications.
Santai TV ialah saluran televisyen bergerak yang menawarkan lebih daripada 100 jam drama, dokumentari, maklumat hiburan serta animasi.

Rabu, 10 Oktober 2012
Malaysia Bimbang Tentang Pergolakan Kewangan Di Ekonomi Negara-Negara Maju
25 Zulkaedah 1433
KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2012- Malaysia amat bimbang tentang kerapuhan ekonomi global dan keadaan kewangan, terutamanya pergolakan kewangan yang melanda ekonomi-ekonomi maju, kata Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Datuk Hussein Haniff pada Selasa.
"Kami bimbang kelembapan ekonomi dan kewangan ini akan memberi kesan buruk kepada mereka yang lemah termasuk wanita dan kanak-kanak. Kesannya terhadap negara-negara membangun, disebabkan oleh krisis hutang negara di Eropah, adalah mahal dan membinasakan," katanya dalam kenyataannya di Debat Jawatankuasa kedua Sesi ke-67 Perhimpunan Agung PBB di New York semalam.
Maklumat lanjut :BERNAMA

Langgan:
Catatan (Atom)