4 Muharram 1440
Para pengguna disaran agar tidak terlalu berkira jika ingin mendapatkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti kerana setiap produk dan perkhidmatan yang disediakan sudah tentunya memerlukan kos untuk menyediakannya.Agak sukar bagi penyedia untuk menjual pada harga yang amat rendah tetapi pada kualiti yang ditahap tinggi.
Jika adapun ianya bersifat sementara bagi membolehkan sesuatu penyedia memasuki pasaran atau bagi membunuh pesaing dan dalam jangka masa panjang harga akan dinaikkan juga. Lebih memburukkan lagi jika pengguna menggunakan kuasa politik bagi melayan karenah atau sikap mereka. Antara sektor yang dilihat menjadi mangsa sekarang ini ialah sektor seperti telekomunikasi, utiliti seperti pembentungan , pendidikan dan lain lain.
Jika sikap seperti ini terus berterusan, dikhuatiri lama kelamaan sektor seperti ini akan kekurangan pelabur dan negara dikhuatiri akan ketinggalan dalam sektor berkenaan. Mentaliti untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan pada harga murah atau percuma perlu dikikis bagi memastikan ekonomi negara terus mampan dalam tempoh jangkamasa panjang.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment