1 Muharram 1440
Kerajaan dan rakyat disaran mengutamakan barangan tempatan bagi merancakkan semula perkembangan ekonomi domestik.Ini adalah kerana setiap sen yang dibelanjakan bakal dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia sendiri.
Selain daripada itu, pergerakan wang dari tangan ketangan rakyat akan bergerak lebih cepat dan ianya bakal memastikan kerancakan ekonomi sesebuah negara.Sebagai contoh, sektor kerajaan dan swasta perlu mengutamakan produk tempatan dalam pembelian kenderaan serta alat jentera, perlantikan juru perunding tempatan dan sebagainya.
Manakala rakyat pula perlu mengutamakan pembelian produk produk keluaran tempatan bagi menyokong kesinambungan industri domestik.Pihak kementerian berkenaan juga disaran agar untuk menggalakkan kempen penggunaan logo buatan Malaysia kembali bagi menjayakan hasrat ini.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment