18 Ramadhan 1434
KUALA LUMPUR, 26 Julai , 2013 Ranhill Energy And Resources Bhd hari ini menarik balik permohonannya untuk mendapatkan penyenaraian dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, Ranhill Energy berkata ia telah membuat keputusan untuk menarik balik permohonannya bagi tawaran awam awal (IPO) sebanyak 407 juta saham biasa bernilai RM1 setiap satu, yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 14 Januari.
"Lembaga akan memastikan semua wang permohonan/penempatan bagi IPO itu dikembalikan kepada semua pemohon/pelabur tanpa faedah secara teratur dan tidak lewat daripada 7 Ogos," katanya.
Maklumat lanjut: BERNAMA
No comments:
Post a Comment