29 Syawal 1433
KUALA LUMPUR ,BERNAMA pada 11 September lalu telah melaporkan bahawa National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (NADI) dan PT Lion Grup Selasa telah menandatangani satu perjanjian usahasama untuk membentuk syarikat penerbangan kos rendah baharu, Malindo Air.
Syarikat penerbangan itu dijangka memulakan operasi pada 1 Mei tahun depan di KLIA2 di Sepang.
Melalui usahasama itu, NADI akan memegang kepentingan 51 peratus di dalam Malindo Air dan baki 49 peratus oleh PT Lion Grup.
Majlis penandatanganan itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden Direktor PT Lion Grup Rusdi Kirana berkata syarikat itu mengkaji menjual tiket mengikut harga AirAsia atau kemungkinan lebih rendah lagi.
Katanya Malindo Air akan terbang menggunakan 12 pesawat Boeing 737-900ER ke destinasi antara bandar raya besar di Malaysia dan Indonesia sebelum berkembang ke negara Asia yang lain.
Untuk menjadi kompetitif di dalam pasaran, katanya selain menawarkan tiket penerbangan yang lebih murah, pesawat yang akan digunakan akan dilengkapi dengan sistem hiburan dalam penerbangan dan hubungan dalam penerbangan.
Maklumat lanjut : BERNAMA
No comments:
Post a Comment