14 Zulkaedah 1433
KUALA LUMPUR, 28 Sept, 2012 - Pelbagai insentif yang diberikan untuk memperkukuhkan taska dan prasekolah dapat memaksimumkan potensi pembangunan insan mahir sejak di peringkat awal.
Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan berkata melalui pemberian insentif itu juga, pengusaha dapat memperkemaskan sistem pendidikan dan penyelenggaraan kemudahan taska dan prasekolah.
"Penyediaan dan sistem pengurusan pendidikan taska yang baik penting bagi memastikan pembelajaran awal kanak-kanak adalah paling berkualiti. Kami mengharapkan peruntukan dan semua insentif itu akan dipantau dan dilaksanakan sebelum akhir tahun ini," katanya kepada Bernama.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2013 mengumumkan sebanyak RM1.2 bilion disediakan kepada pelbagai agensi kerajaan sebagai platform melengkapkan kanak-kanak dengan pendidikan prasekolah berkualiti.
Insentif itu termasuk pemberian geran pelancaran RM10,000 kepada Pusat Pendidikan Awal Pendidikan Kanak-Kanak (ECCE) swasta serta potongan cukai dua kali kepada majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan.
Maklumat lanjut : BERNAMA
No comments:
Post a Comment