21 Syawal 1435
Penulis telah bertemu dengan beberapa rakan yang kini mula berkecimpung dalam pelaburan saham. Minat berkenaan timbul disebabkan mereka telah menghadiri beberapa seminar berkenaan pelaburan saham. Bagi penulis yang pernah bekerja di syarikat pembrokeran saham, minat berkenaan haruslah dipuji.
Namun penulis mula rasa tidak selesa apabila mengatahui melalui percakapan mereka bahawa mereka agak kurang mengambil risiko tertentu dari segi aspek pelaburan saham. Antaranya terlalu bergantung kepada tip-tip yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu tanpa mengambil kira aspek risiko perubahan ekonomi dunia, keadaan semasa, suasana geopolitik dunia dan lain-lain lagi.Pengalaman penulis pada krisis kewangan di Malaysia pada hujung tahun 90an masih lagi terbayang.
Antara perkara yang mereka alpa juga ialah kegagalan memahami bahawa ada kumpulan-kumpulan tertentu yang membuat sesuatu pelaburan dalan sesuatu syarikat atau kaunter. Bagi pengalaman penulis, tips hanya akan diberikan apabila seseorang individu atau sesuatu kumpulan itu sudah membeli/membuat pelaburan sesuatu kaunter di Bursa Malaysia. Maka dengan adanya media social yang ada sekarang ini, maka tips-tips berkenaan akan dihebahkan kepada pengikut-pengikut yang membuat pelaburan secara kecil kecilan dan saham berkenaan akan naik mendadak. Ianya dikuatkan lagi dengan pelbagai teori graf pergerakan dan sebagainya sebagai menyokong hujah berkenaan tanpa melihat aspek fundamental dan objektif pelaburan.
Bila saham berkenaan naik, maka individu atau kumpulan berkenaan akan menjual pelaburan berkenaan terlebih dahulu dan kemudian membuat kenyataan atau cadangan agar saham tersebut dijauhi seketika. Maka pihak yang kecil yang lambat membuat keputusan menjual akan mengalami kerugian disebabkan perkara demikian. Lainlah kalau dapat tip daripada individu yang belum membeli saham berkenaan secara besar besaran tetapi mempunyai perancangan dalam jangka masa terdekat. selalunya ianya jarang diperolehi.
Oleh yang demikian, pelabur-pelabur perlulah bijak dan berhati-hati dalam membuat pelaburan di bursa saham. Sebaiknya laburlah di dalam syarikat yang berkeupayaan memberi dividen setiap tahun dan mempunyai perniagaan teras yang teguh. Selepas itu, barulah diapplikasikan dengan teknik dan pelbagai kaedah ramalan pergerakan harga saham dan sebagainya.
Wallahualam
Pages
top_rightads
Ahad, 17 Ogos 2014
Sabtu, 9 Ogos 2014
Semoga MAS Cepat Pulih
13 Syawal 1435
Khazanah Nasional yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan telah mengumumkan pengambilalihan Malaysian Airlines System (MAS) pada urusniaga yang bernilai RM 1.38 billion. Urusniaga ini bakal melibatkan proses penyahsenaraian saham syarikat itu daripada Bursa Malaysia.
Cadangan itu bakal menyaksikan pemegang saham minoriti akan menerima balik pembayaran modal bernilai RM0.27 sen bagi setiap saham biasa yang melibatkan jumlah RM 1.38 billion.Ianya merupakan pembelian atas premium sebanyak 12.5 peratus atas harga penutup saham MAS pada 7 ogos 2014.
Semoga langit mendung yang menyelubungi syarikat penerbangan berkenaan akan berlalu pergi dengan bermulanya langkah korporate berkenaan.
Wallahualam
Khazanah Nasional yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan telah mengumumkan pengambilalihan Malaysian Airlines System (MAS) pada urusniaga yang bernilai RM 1.38 billion. Urusniaga ini bakal melibatkan proses penyahsenaraian saham syarikat itu daripada Bursa Malaysia.
Semoga langit mendung yang menyelubungi syarikat penerbangan berkenaan akan berlalu pergi dengan bermulanya langkah korporate berkenaan.
Wallahualam
Rabu, 6 Ogos 2014
Tragedi Penerbangan Yang Kerap Bakal Menjejaskan Industri
27 Ramadhan 1435
Tragedi kemalangan yang makin menjadi-jadi dikalangan industri penerbangan akan menyebabkan keyakinan pengguna yang tidak begitu terdesak menggunakan pengangkutan udara akan semakin terhakis. Secara logiknya, ramai pelancong akan menagguhkan percutian mereka, dan golongan-golongan professional akan mencari alternatif untuk berkomunikasi. Antaranya dengan menggunakan platform mesyuarat secara maya dan sebagainya.
Selepas tragedi kehilangan pesawat MH370 yang misterinya masih belum dirungkai setakat ini, negara Malaysia dikejutkan lagi dengan kejadian pesawat MH17 yang ditembak jatuh di kawasan negara yang sedang bergolak iaitu di Ukraine dekat sempadan Rusia. Kemudian diikuti lagi dengan pesawat terhempas di Taiwan. Tidak berapa lama kemudian , dunia dikejutkan lagi dengan kemalangan pesawat Air Algerie di Mali.
Peristiwa yang berlaku secara dekat ini, secara tidak langsung menggugat keyakinan pengguna seluruh dunia untuk melakukan perjalanan menerusi pengangkutan penerbangan. Ini secara langsung bakal menggugat industri penerbangan dan pelancongan di Malaysia dan seluruh dunia.Sehubungan dengan itu, negara-negara yang mana menyasarkan produk pelancongan adalah merupakan salah satu pendapatan utama, perlulah merangka strategi yang bersesuaian bagi mengekang isu potensi kelembapan dalam industri perlancongan dan penerbangan. Syarikat-syarikat penerbangan juga perlu meningkatkan kembali keyakinan penumpang-penumpang menggunakan perkhidmatan udara.

Selasa, 8 Julai 2014
Bank Negara Malaysia Perkenalkan Mesin Deposit Syiling
10 Ramadhan 1435
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan bahawa mesin deposit syiling kini boleh didapati di seluruh negara bagi memudahkan para peniaga dan orang ramai mendepositkan syiling dalam urusan seharian. Sebanyak 236 mesin berkenaan kini telah ditempatkan di lokasi tertentu seperti institusi kewangan yang mengambil bahagian, pasar raya besar dan cawangan-cawangan Tabung Haji.
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan setiap tahun sejumlah besar duit syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia tidak dikembalikan untuk edaran semula. Sehubungan dengan itu, orang ramai digalakkan untuk mengembalikan duit syiling mereka dan pada masa yang sama boleh memperoleh manfaat daripada pertambahan simpanan. Mesin Deposit Duit Syiling merupakan mesin duit syiling layan diri berautomasi yang membolehkan pelanggan institusi kewangan yang mengambil bahagian dan Tabung Haji mendepositkan duit syiling mereka tanpa dikenakan sebarang caj.
Mesin Deposit Duit Syiling di institusi kewangan yang mengambil bahagian akan mengkreditkan akaun pendeposit pada hari yang sama untuk duit syiling yang didepositkan sebelum pukul 4 petang dan pada keesokan harinya bagi duit syiling yang didepositkan selepas pukul 4 petang. Bagi Mesin Deposit Duit Syiling yang ditempatkan di pasar raya besar yang mengambil bahagian, pelanggan akan menerima baucar membeli-belah yang sama nilainya dengan jumlah duit syiling yang didepositkan. Pelanggan boleh menggunakan baucar ini untuk membayar barangan yang dibeli di kedai-kedai yang mengambil bahagian.
Sumber: BNM

Rabu, 2 Julai 2014
Magna Prima (7617): Saham Yang Perlu Diberi Perhatian
4 Ramadhan 1435
Penulis sedang mengikuti pergerakan kaunter saham kod 7617, iaitu Magna Prima Bhd yang mana teras perniagaannya adalah dalam bidang hartanah. Saham ini mula didagangkan secara aktif sejak beberapa minggu lepas dan telah mencatatkan paras tertinggi baru-baru ini jika dibandingkan daripada bulan Mac 2014. Saham berkenaan telah ditutup pada harga RM 1.16 pada sesi pertama dagangan di Bursa Malaysia hari ini.
Secara teknikalnya pergerakan saham ini sedang berada dalam momentum yang menaik. Berdasarkan prestasi kewangan semasa yang agak positif, adalah berbaloi jika pelabur ingin membeli dan memegang saham berkenaan dalam jangkamasa sederhana. Kaunter ini dilihat sesuai untuk pelabur jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.
Penafian:
Segala maklumat yang terkandung di artikel ini telah disediakan bukan dengan tujuan untuk memberikan nasihat profesional dan ianya disediakan bagi tujuan am sahaja. Para pengguna tidak perlu bergantung kepadanya semata-mata. Ianya tidak bertujuan memberikan kemampuan kepada para penggunanya menggunakannya sebagai khidmat nasihat, membuat sebarang keputusan , dalam menyelesaikan segala permasalahan atau pada mana-mana keadaan tertentu. Myiktisad tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang mungkin berlaku daripada penggunaan maklumat di artikel ini.

![]() |
Pergerakan Harga Saham Magna Prima Bhd. |

Langgan:
Catatan (Atom)