9 Syawal 1434
KUALA LUMPUR, 15 Ogos, 2013- Zenith PMC Sdn Bhd dan Astral Supreme Construction Sdn Bhd berganding bahu untuk mengendalikan kajian kemungkinan dan mereka bentuk Terowong Laut Pulau Pinang-Butterworth, yang akan mewujudkan akses ketiga yang menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar.
Tugasan kajian dan reka bentuk itu diberikan oleh Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd, yang akan melaksanakan projek berharga RM6.3 bilion itu, bagi pembinaan terowong dasar laut dan tiga jalan pintas yang menghalakan lalu lintas ke terowong itu.
"Konsortium ini memberikan tugas kajian kemungkinan dan reka bentuk kepada syarikat usaha sama ini sebagai persediaan bagi kontrak Terowong Dasar Laut Pulau Pinang-Butterworth oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada konsortium ini, yang dijangkakan dalam jangka terdekat ini," kata Pengerusinya, Datuk Zarul Ahmad Zulkifli, dalam satu kenyataan.
Konsortium Zenith BUCG ialah sebuah usaha sama antara Zenith Construction Sdn Bhd dan China Railway Construction Co Ltd., bersama dengan Beijing Urban Construction Group, Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd.
Kajian kemungkinan itu akan diasaskan kepada penyiasatan dan penyelidikan meluas untuk menyokong proses membuat keputusan. Kajian itu akan menyiasat kekuatan dan kelemahan projek itu serta peluang dan ancaman kepada alam sekitar.
Berita lanjut: BERNAMA
Pages
top_rightads
Jumaat, 16 Ogos 2013
Legoland Malaysia Tawar Masuk Percuma Kepada Kanak-kanak Berpakaian Bertema Star Wars
9 Syawal 1434
KUALA LUMPUR, 15 Ogos, 2013- Legoland Malaysia menawarkan kemasukan percuma ke taman itu bagi kanak-kanak yang memakai pakaian mengikut karakter Star Wars kegemaran mereka bersempena dengan Hari Lego Star Wars pada hujung minggu ini.
Selain itu taman tersebut juga akan menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokkan berasaskan tema berkenaan bagi para peminat dan keluarga yang berkunjung.
Pengurus Besar Legoland Malaysia Siegfried Boerst berkata tema itu merupakan aktiviti pertama untuk mempromosikan Legoland kepada pengunjung.
"Terdapat lebih banyak keseronokan pada hujung minggu ini kerana taman itu akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik.

Melaka Tekad Tarik Lebih Banyak Pelaburan Untuk Pacu Ekonomi
9 Syawal 1434
MELAKA, 15 Ogos, 2013- Melaka yang pernah diberi jolokan 'Venice di Timur', dijangka terus menerima pelaburan daripada syarikat luar dan dalam negara terutamanya dalam bidang automotif, farmaseutikal dan teknologi hijau, kata Ketua Menterinya Datuk Ir Idris Haron.
Beliau berkata rancangan syarikat pengeluar kenderaan dari Jepun, Honda, yang mempunyai pusat pemasangan di Melaka, mahu meningkatkan pengeluaran sebanyak tiga kali ganda berbanding dua tahun lepas mampu beri impak positif kepada negeri itu.
"Saya telah melawat kilang Honda di Jepun dan difahamkan ia akan meningkatkan pengeluarannya. Perkembangan ini secara langsung atau tidak, pasti akan beri kesan positif kepada pusat pemasangan Honda di Alor Gajah," kata beliau kepada Bernama dalam satu wawancara sempena 100 hari pentadbirannya sebagai Ketua Menteri Melaka.

Mercedes-Benz Optimistik Jualan Kereta Pulih Pada Separuh Kedua 2013
9 Syawal 1434
KUALA LUMPUR, 15 Ogos, 2013- Mercedes-Benz Malaysia optimistik jualan keretanya pulih pada separuh kedua tahun ini, kata Naib Presiden Jualan dan Pemasarannya Kai Schlickum.
"Terdapat banyak ketidaktentuan pada separuh pertama tahun ini dengan terdapatnya desas desus tentang penurunan harga kereta, tetapi kini tidak lagi.
"Telah jelas penurunan tidak akan berlaku dan banyak pelanggan sudah yakin untuk membuat keputusan.
"Kami berharap ini akan membantu kami mencapai sasaran jualan kami," kata beliau selepas pelancaran dua model Mercedes-Benz E-Class, E200 Avantgarde dan E 250 Avantgarde di sini Khamis.

Khamis, 15 Ogos 2013
Keuntungan Sebelum Cukai Star Turun Kepada RM41.10 Juta
8 Syawal 1434
KUALA LUMPUR, 14 Ogos, 2013- Keuntungan sebelum cukai Star Publications (M) Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2013, turun kepada RM41.10 juta daripada RM58.55 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.
Pendapatan susut kepada RM251.32 juta, semasa suku tersebut daripada RM299.44 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Star berkata pendapatan rendah dalam segmen perniagaan cetak dan media adalah disebabkan hakikat bahawa pengiklan masih berhati-hati selepas pilihan raya umum.
Disebabkan perbelanjaan promosi dan pengiklanan tinggi bagi penjenamaan stesen radio RedFM dan 988, pendapatan segmen penyiaran radio turun 9.0 peratus kepada RM12.86 juta berbanding RM14.13 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Langgan:
Catatan (Atom)