top_rightads

Rabu, 22 Mei 2013

TM Tawar HyppTV Kepada Pengguna Streamyx Pada Suku Ketiga 2013

12 Rejab 1434

KUALA LUMPUR, 20 Mei , 2013 - Telekom Malaysia Bhd (TM) menyasarkan untuk mengembangkan asas pelanggan perkhidmatan televisyen Protokol Internet (IPTV), HyppTV dengan membuka perkhidmatan itu kepada kira-kira 1.6 juta pelanggan jalur lebar Internet Streamyx pada suku ketiga tahun ini.

Pada masa ini, HyppTV hanya diterima oleh lebih 550,000 pelanggan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi.

Naib Presiden Eksekutif (Media Baharu) TM Jeremy Kung, berkata selain langgan UniFi, HyppTV akan ditawarkan dalam dua mekanisme mulai suku ketiga -- -- HyppTV Over Broadband, dan HyppTV Everywhere.

"Tawaran ini kepada pelanggan Streamyx memberikan impak positif kepada asas pelanggan kami, dengan potensi asas pelanggan 1.6 juta," katanya kepada satu sidang media hari ini.

HyppTV Over Broadband adalah untuk pelanggan Streamyx, sementara HyppTV Everywhere adalah tawaran pelbagai skrin pertama yang membolehkan pelanggan UniFi menonton HyppTV di mana sahaja.

HyppTV adalah perkhidmatan IPTV yang paling pesat berkembang di Malaysia dengan 112 saluran termasuk 28 berdefinisi tinggi (HD).

Sumber : BERNAMA

Rabu, 15 Mei 2013

Kesedaran Mengenai Perlindungan IP Oleh Institusi Kewangan Masih Rendah

5 Rejab 1434

KUALA LUMPUR, 14 Mei , 2013- Walaupun kesedaran mengenai perlindungan harta intelektual (IP) semakin meningkat dalam kalangan syarikat Malaysia, institusi kewangan masih mengambil sikap tunggu dan lihat, kata Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Ketua Pengarahnya Datuk Azizan Mohamad Sidin berkata landskap IP bergerak daripada semata-mata perlindungan undang-undang kepada kaedah strategik dan perniagaan untuk menjana nilai.

"syarikat bukan sahaja tidak menggunakan hak IP bagi meningkatkan kelebihan saingan dan menjana pendapatan, malah untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan," katanya kepada Bernama mengenai "Seminar Penilaian IP bersama Industri" Selasa.

Azizan berkata MyIPO akan terus meningkatkan pembabitan dengan syarikat tempatan dan bank supaya sentiasa seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam industri.

Pada Februari, MyIPO mula melatih 23 pegawai daripada pelbagai latar belakang, termasuk undang-undang, perakaunan, bioteknologi, kimia dan perniagaan, menerusi Model Latihan Penilaian IP, satu inisiatif yang bermatlamat mewujudkan kumpulan penilai IP tempatan yang berkelayakan.

"Kumpulan pertama pelatih dijadual menamatkan pengajian pada akhir bulan ini dengan menduduki peperiksaan untuk disahkan, dan mereka akan dibimbing oleh pakar asing.

"Pada masa ini, bank tidak memberi pembiayaan IP namun kami berharap mereka akan lebih meyakinkan apabila penilai PP terdiri daripaa pegawai dari MyIPO," katanya.

Beliau berkata apabila keseluruhan inisiatif dilaksanakan, bank akan dapat melihat pembiayaan perniagaan IP sebagai berdaya maju, dan ia pasti akan membawanya ke tahap baharu berdasarkan inisiatif kerajaan dalam memprompsi bidang berkenaan.

Satu daripada inisiatif itu ialah skim pembiayaan IP RM200 juta yang ditawarkan menerusi Malaysia Debt Ventures, yang akan menyediakan kadar faedah subsidi dua peratus dan jaminan 50 peratus menerusi Credit Guarantee Corp Malaysia Bhd.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Gardenia Nafikan Khabar Angin Harga Naik

5 Rejab 1434

KUALA LUMPUR, 14 Mei, 2013- Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, anak syarikat makanan yang di senarai di Singapura, QAF Ltd, hari ini menjelaskan bahawa harga produknya tidak dinaikkan.

"Sudah lebih setahun Gardenia menjadi sasaran siri penipuan yang disebarkan oleh beberapa orang. Fitnah terbaharu ialah harga roti kami naik.

"Ini fitnah semata-mata. Produk Gardenia di Semenanjung Malaysia tidak dinaikkan," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Yap Kim Shin, dalam satu kenyataan.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd beroperasi di Semenanjung Malaysia.

Minggu lepas, pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin mengenai kenaikan harga roti Gardenia.

Khabar angin ini bermula di Internet dan sejak itu tersebar luas dalam beberapa media perdana.

Yap berkata harga produk Gardenia di Semenanjung Malaysia stabil sejak beberapa tahun dan syarikat itu menyerap kenaikan kos pengeluaran.

"Syarikat itu yakin kenaikan harga hanya sebagai merupakan tindakan akhir jika semula aspek lain dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti, tidak dapat ditangani.

"Penipuan dan fitnah ini bertujuan mensabotaj Gardenia. Kami memberi jaminan kepada pengguna bahawa khabar angin ini tidak benar sama sekali dan meminta pengguna mengesahkan kandungan yang dibaca di Internet.

Harga produk Gardenia di senarai pada tag "kwik lok" dan/atau dicetak pada pembungkus.

Pengguna dinasihatkan menyemak sendiri harga dan tidak mendengar atau menyebar maklumat palsu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gardenia, layari www.gardenia.com.my.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengeluarkan roti buku pertama dalam barisan pengeluarannya pada 1986.

Hari ini, selepas 26 tahun, Gardenia mempunyai kemudahan di lima kilang dengan 39 unit penyimpanan stok dan menghasilkan 1.8 juta unit produk setiap hari.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Isnin, 29 April 2013

Takaful Malaysia Sasar Sumbangan Pendapatan Lebih Besar Daripada Operasi Indonesia

19 Jamadilakhir 1434

KUALA LUMPUR, 29 April, 2013- Syarikat Takaful Malaysia Bhd menjangka sumbangan pendapatan daripada operasinya di Indonesia meningkat kepada 20 peratus sebaik sahaja akta jualan produk takaful oleh syarikat takaful kendiri berkuat kuasa pada 2015.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Hassan Kamil berkata ketika ini operasi di Indonesia menyumbang kira-kira 10 peratus.

"Syarikat takaful kami d Indonesia adalah syarikat kendiri. Oleh yang demikian kami berharap persaingan akan menjadi lebih adil dan saksama.

"Ketika ini, persaingan tidak sama rata. Banyak syarikat konvensional beroperasi di kaunter, oleh itu mereka mempunyai kelebihan utama berbanding kami kerana mereka menggunakan cabang konvensional untuk menyokong kaunter takaful, tanpa memerlukan modal berasingan," katanya pada taklimat media selepas mesyuarat agung tahunan kumpulan di sini, Isnin.

Mengenai rancangan kumpulan untuk membeli hartanah di London, Hassan berkata rancangan itu ditangguhkan kerana Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) akan dikuatkuasakan pada Jun ini.

"IFSA akan membolehkan kami mempunyai struktur di mana terdapat sebuah syarikat pegangan kewangan, oleh itu kami akan menunggu garis panduan khusus daripada Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum kami meneruskan langkah seterus kami untuk membeli hartanah di London.

"Dengan adanya syarikat pegangan kewangan, ini kemungkinan akan membolehkan kami mendapat manfaat lebih besar daripada struktur cukai kerana kami akan menubuhkan syarikat pegangan kewangan di Labuan," katanya sambil menambah kumpulan itu menjangka memulakan semula rundingan pembelian tersebut di London tahun depan.

Akta baharu itu akan memerlukan penginsurans konvensional dan takaful untuk melepaskan lesen komposit mereka dan menjalankan perniagaan insurans hayat dan am mereka di bawah unit berasingan.

Mengenai kemungkinan usaha sama luar negara beliau berkata, Takaful Malaysia menyasar pasaran China dan Timur Tengah, yang mempunyai penduduk Islam yang ramai.

Bagaimanapun, beliau berkata, China kekurangan instrumen patuh syariah bagi kumpulan itu untuk melabur premiumnya manakala Timur Tengah tidak stabil dari segi keselamatan.

Di masa depan, Hassan berkata, prospek industri kekal positif dan dijangka berkembang antara 20 dan 25 peratus tahun ini.

"Kami berharap dapat memanfaatkan momentum itu dan berkembang sekurang-kurangnya pada peratusan tersebut bagi memastikan bahagian pasaran kami dikekalkan," katanya.

Takaful Malaysia, yang akan membentangkan paras modal sasaran dalamannya kepada BNM pada September, bersiap sedia untuk memiliki polisi dividen tahun depan.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Perniagaan Malaysia Hadapi Kesukaran Dapatkan Pekerja Mahir

19 Jamadilakhir 1434

KUALA LUMPUR, 29 April, 2013- Laporan Perniagaan Antarabangsa (IBR) Grant Thornton menunjukkan bahawa 62 peratus perniagaan di Malaysia menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerja mahir.

Angka ini mengatasi Singapura dengan 61 peratus, dan jauh mengatasi purata global iaitu 39 peratus.

Kajian itu juga mendapati bahawa di rantau Asean, kekurangan kemahiran khusus atau teknikal merupakan faktor paling ketara bagi perniagaan di Vietnam iaitu pada 86 peratus, diikuti oleh Filipina (76 peratus) dan Malaysia (68 peratus).

Dalam satu kenyataan, Grant Thornton berkata IBR menarik perhatian kepada faktor-faktor lain yang menghalang pengambilan pekerja di Malaysia, seperti kurangnya pengalaman kerja yang sesuai (63 peratus) dan juga kekurangan kemahiran am yang membolehkan diambil bekerja, khususnya kerja berpasukan, iaitu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris (62 peratus).

Ia berkata perniagaan Malaysia juga berdepan dengan kos kendalian yang meningkat (52 peratus), beban kerja yang bertambah bagi kakitangan yang tinggal (47 peratus) dan kemerosotan standard perkhidmatan pelanggan (38 peratus).

Rakan Urusan SJ Grant Thornton, Datuk NK Jasani, berkata perniagaan tidak memberi sebarang erti tanpa pekerjanya, seperti juga tiada ertinya bagi strategi tanpa pekerja untuk menjayakannya.

Beliau berkata justeru itu, kekurangan pekerja mahir yang dilaporkan oleh pemimpin perniagaan seharusnya mencetuskan kebimbangan, terutamanya ketika pengangguran berada pada tahap tinggi dalam banyak pasaran matang.

"Hakikat bahawa kebimbangan utama dalam kalangan perniagaan adalah kekurangan kemahiran teknikal boleh menimbulkan keyakinan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...